Harian Metro

Satu lagi terdampar

Tujuh mayat Pati lemas ditemui di pesisir Pantai Teluk C

- Oleh Mohamed Farid Noh dan Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Mangsa dipercayai lemas ketika cubaan memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan, awal pagi kelmarin”

Satu lagi mayat dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) ditemui di pesisir pantai Teluk C, Kota Tinggi, Johor, pagi semalam.

Ini menjadikan tujuh mayat Pati sudah ditemui akibat lemas dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superinten­dan Hussin Zamora, berkata mayat berkenaan yang ditemui kira-kira jam 9.25 pagi semalam dipercayai warga Indonesia yang cuba menyeludup masuk negara menerusi laluan tidak diwartakan. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), dekat sini, bagi bedah siasat dan pemeriksaa­n Covid-19.

“Identiti dan jantina mangsa belum dikenal pasti dan siasatan punca kejadian sedang dijalankan.

“Mangsa dipercayai lemas ketika cubaan memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan awal pagi kelmarin,” katanya.

Penemuan satu lagi mayat itu menjadikan tujuh mayat Pati yang dipercayai lemas sudah ditemui.

Sementara itu, ujian saringan Covid-19 terhadap enam Pati yang ditemui lemas kelmarin itu didapati negatif.

Menurut Hussin, enam Pati yang selamat dalam kejadian itu juga negatif Covid-19.

Malam kelmarin, enam individu dipercayai Pati yang cuba menyeludup masuk ke negara ini ditemui lemas di pesisir Pantai Teluk

C, Bandar Penawar, di Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata semua mangsa berkenaan dipercayai lemas ketika cubaan memasuki negara ini menerusi jalan yang tidak di wartakan.

Dalam waktu sama, seramai sembilan Pati warga Indonesia turut dilaporkan ditangkap dalam operasi oleh anggota Rejimen Pertama Kor Armor DiRaja di lokasi berkenaan, kelmarin.

Semua Pati yang ditahan itu dilaporkan termasuk tiga wanita berusia antara 36 hingga 58 tahun dikesan ketika bersembuny­i di dalam kawasan berhampira­n pantai.

Hussin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia