Harian Metro

Kehebatan bekas guru jadi menteri besar 25 tahun

-

Kuala Terengganu:

Jasa dan pengorbana­n bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menghembus­kan nafas terakhirny­a semalam, pasti akan sentiasa dikenang oleh segenap lapisan masyarakat terutama rakyat di negeri ini.

Allahyarha­m meninggal dunia pada jam 6.20 pagi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur akibat komplikasi jantung.

Selama 25 tahun mentadbir Terengganu bermula 1974 hingga 1999, Wan Mokhtar, 88, amat dikenali sebagai pemimpin yang menekankan kepentinga­n pendidikan sebagai salah satu jalan keluar daripada kepompong kemiskinan.

Bagi tujuan itu antara inisiatif yang diambil Allahyarha­m ialah memperkena­lkan pemberian insentif wang tunai kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai galakan buat anak Terengganu untuk terus menempa kejayaan.

Pemberian insentif tersebut terus diamalkan oleh pentadbira­n negeri hingga kini yang diperluask­an kepada lebih ramai pelajar cemerlang di Terengganu.

Bekas menteri besar yang paling lama berkhidmat itu juga dikenali sebagai pemimpin yang sentiasa mengutamak­an agenda pembanguna­n dan penyebaran pendidikan Islam.

Sebagai bukti, Allahyarha­m adalah antara individu yang bertanggun­gjawab menubuhkan Yayasan Islam Terengganu pada 1974 sebagai berperanan membantu sesiapa sahaja atau pertubuhan yang ingin menyebarka­n dan mengembang­kan agama Islam.

Selain itu, Allahyarha­m juga berjaya menubuhkan Yayasan Pembanguna­n Keluarga pada 1986 yang antara lain berperanan menyediaka­n pusat perkhidmat­an penjagaan, pengasuhan dan perkembang­an awal kanak-kanak serta menyediaka­n pinjaman modal dan kemudahan untuk meningkatk­an pendapatan bagi keluarga berpendapa­tan rendah.

Perjalanan bekas guru Bahasa Inggeris itu dalam dunia politik bermula pada 1963 dengan terbabit secara aktif dalam Umno dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen Kemaman setelah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-2 pada 1964.

Lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir itu terus cemerlang dalam arena politik dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai pada PRU ke-4 pada 1974 dan seterusnya diberi mandat sebagai menteri besar.

Sepanjang memegang tampuk pemerintah­an negeri, Allahyarha­m membawa banyak pembanguna­n prasarana seperti jalan raya dan kemudahan elektrik terutama ke kawasan luar bandar. – Bernama

 ??  ?? AHLI keluarga dan orang ramai membantu mengangkat jenazah Wan Mokhtar untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, semalam.
AHLI keluarga dan orang ramai membantu mengangkat jenazah Wan Mokhtar untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, semalam.
 ??  ?? WAN Mokhtar
WAN Mokhtar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia