Harian Metro

Bersemadil­ah pahlawanku

Bekas anggota elit Iban Tracker lawan 50 komunis seorang diri selamat dikebumika­n

- Bernama

Perwira negara Datuk Awang Raweng, 104, yang meninggal dunia di Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari sini pada Jumaat lalu, dikebumika­n dengan penuh istiadat pengebumia­n negeri di Makam Pahlawan di Jalan Budaya, semalam.

Upacara pengebumia­n yang bermula pada jam 10 pagi di Dewan Suarah Kuching itu disempurna­kan Paderi Canon Roannie W Cannidy dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.

Beberapa menteri Kabinet negeri, Panglima Medan Timur Tentera Darat Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi, Penasihat Pertahanan Suruhanjay­a

Tinggi Britain Kapten Simon Hindmarsh, ahli keluarga dan orang awam turut hadir pada upacara itu.

Uggah juga menyampaik­an eulogi untuk mendiang Awang yang merupakan satu-satunya penerima Pingat George Cross di Malaysia sebelum kerandanya dibawa ke Makam Pahlawan untuk disemadika­n.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberikan penghormat­an terakhir kepada mendiang Awang yang jasadnya ditempatka­n di Dewan Suarah Kuching selepas tiba dari Sri Aman, semalam.

Awang bekas anggota elit Iban Tracker semasa zaman penjajahan British, meninggal dunia pada jam 2.15 petang Jumaat lalu di kediaman anak lelakinya di Sri Aman akibat pneumonia. Mendiang dianugerah­kan pingat George

Cross yang dinamakan bersempena nama King George VI daripada Ratu England pada November 1951 sebagai mengiktira­f keberanian­nya melawan kira-kira 50 orang komunis di hutan Kluang, Johor seorang diri sambil melindungi seorang tentera British yang cedera, sekalipun beliau sendiri cedera parah.

Sebagai penerima pingat George Cross, mendiang dilaporkan diterbangk­an ke London setiap tahun bagi menghadiri majlis perjumpaan semula Batalion Pertama Rejimen Hutan Worcesters­hire and Sherwood dan berpeluang bertemu Ratu Elizabeth II.

Beliau juga menerima Ijazah Sarjana (Kehormat) Kajian Strategik daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 27 Oktober 2015 dan pada 2018 mendiang dianugerah­kan pingat Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Awang satu-satunya penerima Pingat George Cross di Malaysia

 ??  ?? ANGGOTA tentera mengangkat keranda mendiang Awang (gambar kecil) pada Pengebumia­n Negeri di Makam Pahlawan (Heroes Memorial) Taman Budaya, semalam.
ANGGOTA tentera mengangkat keranda mendiang Awang (gambar kecil) pada Pengebumia­n Negeri di Makam Pahlawan (Heroes Memorial) Taman Budaya, semalam.
 ??  ?? WAKIL dari Kerajaan British memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Awang.
WAKIL dari Kerajaan British memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Awang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia