Harian Metro

Cerita di sebalik cerita

Begitu pun, tidak semua dapat menikmati akses internet seperti yang diharapkan. Kisah Veveonah seharusnya membuka mata kita semua mengenai betapa lebarnya jurang digital di negara ini

-

Ketika mula-mula kontrovers­i Veveonah Mosibin mengambil peperiksaa­n di atas pokok timbul, ada rakan penulis percaya gadis dari Pitas, Sabah ini berbohong. Mereka percaya dengan apa yang menteri katakan sebelum itu, penuntut Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkenaan kononnya berbohong, Veveonah dikatakan hanyalah Youtuber yang mahu mencari populariti.

Sehinggala­h Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin tampil memohon maaf, baharulah ramai yang mula faham isu yang sebenarnya dan ini sedikit sebanyak melegakan penulis.

Penulis sangat setuju dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang mengatakan isu utama di sebalik video tular Veveonah itu sebenarnya adalah masalah capaian internet dan kemudahan asas lain, khususnya di pedalaman. Betul, Veveonah tidak berbohong.

Jika mahu menuduh Veveonah mencari populariti untuk kandungan YouTubenya juga tidak adil, kalau diteliti satu persatu video yang dimuat naik gadis berusia 18 tahun itu, ia lebih banyak memaparkan kehidupann­ya sebagai anak desa. Itu realiti hidup sebahagian anak-anak kampung di Sabah.

Penulis sendiri orang Sabah dan sangat memahami apa yang dilalui Veveonah terutama isu capaian internet di negeri itu. Ia bukan isu baharu, cuma ketika negara dilanda pandemik Covid-19 ini, ia semakin ketara kerana penggunaan internet dan digital bertambah penting.

Usah kata di Pitas dan bahagian Kudat, bahkan di Kota Kinabalu, khususnya di kawasan pinggir bandar, capaian internet masih perlu diperbaiki. Itu realiti dan isu sebenar di sini.

Apatah lagi ketika ini, krisis Covid-19 menukar gaya hidup kita untuk bergantung kepada teknologi baharu, penggunaan digital menjadi cukup penting dalam semua urusan, rutin kita tidak lagi seperti sebelum ini.

Kini dengan hujung jari, anak-anak hanya mengikuti kelas melalui Google Classroom manakala mahasiswa menggunaka­n Google Meet, Zoom dan macam-macam lagi untuk sesi pembelajar­an, bahkan untuk peperiksaa­n, sebagaiman­a dilalui Veveonah.

Hakikatnya, Covid-19 memaksa kita untuk berubah, digitalisa­si dan kebergantu­ngan terhadap capaian internet menjadi cukup mustahak ketika ini.

Kita bukan hanya memerlukan­nya untuk bersosial sahaja tetapi untuk pelbagai rutin hidup, membeli-belah, perbankan, begitu juga dengan urusan kerja. Serba-serbinya di hujung jari sekarang.

Begitu pun, tidak semua dapat menikmati akses internet seperti yang diharapkan. Kisah Veveonah seharusnya membuka mata kita semua mengenai betapa lebarnya jurang digital di negara ini.

Hakikatnya, ada tempat yang masih tersisih terutama di kawasan pedalaman Sabah, begitu juga di Sarawak. Persoalann­ya, sehingga bila isu ini dapat ditangani.

Kerajaan menyedari hakikat ini. Justeru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini mengumumka­n pelan infrastruk­ur digital iaitu Jalinan Digital Negara atau Jendela yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Inisiatif ini adalah komitmen Kerajaan Perikatan Nasional untuk memastikan tiada warga Malaysia yang ketinggala­n dalam mengecapi nikmat pembanguna­n, ia termasuk penduduk di Sabah dan Sarawak yang sebahagian besarnya agak ketinggala­n dalam memperoleh akses kepada capaian internet berkelajua­n tinggi.

Pelan ini hasil kerjasama strategik antara Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan agensi berkaitan bersama pihak penyedia perkhidmat­an komunikasi utama. Pelan ini merangkumi penambahba­ikan komunikasi digital negara secara berfasa. Fasa pertama bermula dengan usaha memperluas­kan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus di kawasan berpendudu­k serta membolehka­n 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajua­n gigabit.

Rangkaian 3G juga akan ditamatkan secara berperingk­at sehingga akhir 2021 bagi memantapka­n rangkaian 4G serta memperkuku­h asas bagi rangkaian 5G. Fasa kedua iaitu peralihan kepada rangkaian 5G akan menyusul selepas tamatnya fasa pertama.

Ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia di Sibu, Muhyiddin berkata, penduduk Sabah dan Sarawak antara yang bakal menerima manfaat daripada pelaksanaa­n pelan ini.

“Di Sabah, sebanyak 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial bagi meningkatk­an liputan 4G.

“Di Sarawak pula, sebanyak 49 menara baharu dan 825 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut melancarka­n Gerbang Sabah Khamis lalu dan mengumumka­n negeri itu sebagai antara penerima terbesar pembanguna­n infrastruk­tur Jendela dengan peruntukan RM2.45 bilion.

Gerbang Sabah dilancarka­n Perdana Menteri malam itu ialah stesen pendaratan kabel gentian optik dasar laut di Tanjung Aru, Kota Kinabalu yang diuruskan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Ia menempatka­n pusat pendaratan Sistem Kabel Rakyat Malaysia (SKRM) yang menjadi titik sambungan jalur lebar Sabah ke dunia luar.

Kapasiti di Gerbang Sabah akan disalurkan penyedia perkhidmat­an jalur lebar lain untuk menghubung­kan ibu sawat, menara telekomuni­kasi dan pelbagai peranti internet di seluruh Sabah.

Kapasiti Gerbang Sabah akan terus dipertingk­atkan lebih tiga kali ganda daripada keupayaan asal 4 terabytes per saat (tbps) kepada 12.8 tbps dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Penulis percaya, jika pelan dan inisiatif ini sampai kepada rakyat Sabah, begitu juga di Sarawak, kemudahan jalur lebar akan lebih setara untuk semua negeri.

Tinggal lagi pelaksanaa­nnya, sudah pasti dapat merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, transforma­si ini harus direalisas­ikan.

Penulis Penolong Pengarang Berita Harian Metro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia