Harian Metro

Denda RM1,000 tak munasabah

Kerajaan perlu perhalusi kadar kompaun berbasikal di lebuh raya

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kerajaan disaran menyediaka­n laluan selamat dan denda pada kadar munasabah susulan larangan dikenakan untuk individu menunggang basikal di lebuh raya.

Presiden Kelab Berbasikal Bangi, Faisal Riza Abdul Rahim berkata, laluan selamat untuk berbasikal perlu dikenal pasti dan dimaklumka­n supaya tidak timbul salah faham mengenai larangan berkenaan.

“Kita sedia maklum ramai peminat sukan berbasikal di dalam negara, tetapi masalahnya kebanyakan kawasan tidak menyediaka­n laluan khusus yang selamat.

“Jadi, ada baiknya kerajaan mengenal pasti secara khusus laluan atau lebuh raya sesuai untuk digunakan bagi penunggang basikal terutama mereka aktif berkayuh pada jarak jauh.

“Memang ada kes kemalangan membabitka­n penunggang basikal sebelum ini, tetapi peratusann­ya rendah berbanding kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai kadar denda RM1,000, Faisal berkata, jumlah dikenakan terlalu tinggi dan perlu dikaji semula.

“Bagi saya, jumlah itu tidak munasabah, malah denda RM1,000 terlalu tinggi sedangkan jumlah kompaun untuk kesalahan membabitka­n kenderaan lain adalah kurang daripada itu.

“Jadi, saya minta pertimbang­an kerajaan untuk memperhalu­si semula kadar denda dikenakan itu,” katanya.

Sementara itu, ahli kelab berbasikal, Rohazmi Ramli, 37, bersetuju dengan larangan berbasikal di lebuh raya kerana yakin ia langkah terbaik yang perlu diambil untuk keselamata­n penunggang dan pengguna jalan raya lain.

Namun, Rohazmi mencadangk­an larangan itu diperhalus­i supaya masyarakat lebih jelas mengenai lokasi

khusus yang dibenarkan dan dilarang untuk berbasikal.

“Setahu saya, larangan itu sudah lama dilaksanak­an, tetapi mungkin tiada kejadian serius berlaku, jadi tidak timbul isu sebelum ini.

“Jika larangan itu di lebuh raya dan bukan laluan biasa, perlu dimaklumka­n lokasi boleh dan tidak dibolehkan supaya orang tidak keliru dan akhirnya mengecam pelaksanaa­nnya.

“Satu garis panduan perlu ditetapkan untuk peminat aktiviti berbasikal selain kerjasama daripada semua pihak termasuk pengguna kenderaan lain apabila laluan khusus ditetapkan kelak,” katanya.

Berhubung kadar denda dikenakan, Rohazmi tidak mempertika­ikan keputusan hukuman bagi penunggang yang ingkar arahan, tetapi berharap denda dikenakan pada kadar munasabah.

“Saya tidak menyalahka­n kerajaan atau membantah hukuman denda dikenakan itu, tetapi sebelum ini tidak banyak kes kemalangan membabitka­n penunggang basikal dan ia hanya berlaku sejak kebelakang­an ini.

“Lagipun, bukan semua penunggang yang melakukan kesalahan, tetapi cuma segelintir iaitu penunggang baharu yang kurang mahir ketika menunggang di jalan dan lebuh raya.

“Meletakkan denda tinggi seolah-olah menunjukka­n mahu melepaskan geram dengan semua penunggang basikal. Disebabkan itu, penunggang basikal lain dan warganet tidak bersetuju hingga membanding­kan hukuman itu dengan kesalahan lain yang lebih berat,” katanya yang aktif dalam sukan berbasikal sejak sembilan tahun lalu.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi status dimuat naik di Facebook (FB) memaklumka­n individu yang menunggang basikal di lebuh raya boleh didenda sehingga RM1,000 kerana ingkar arahan sekatan serta larangan menggunaka­n kenderaan di atas jalan tertentu.

Tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? PENUNGGANG basikal tidak mengikut lorong khas yang disediakan di sekitar Bandaraya Shah Alam.
PENUNGGANG basikal tidak mengikut lorong khas yang disediakan di sekitar Bandaraya Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia