Harian Metro

Imam ditipu cekup ‘mualaf ’

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Memberi alasan baharu memeluk agama Islam dan mengalami masalah kewangan untuk menyelesai­kan hutang kad kredit.

Itu taktik seorang lelaki yang memperdaya dan menipu untuk mendapatka­n wang tunai daripada imam dan ustaz di Selangor.

Bagaimanap­un, tindakan suspek berusia 35 tahun itu terbongkar selepas ditahan seorang mangsa bersama rakannya yang terserempa­k lelaki itu di pekarangan Surau Mutiara Damansara di sini, sebelum menyerahka­nnya kepada polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian jam 5.54 petang 1 Februari lalu, seorang imam Masjid Seksyen 5, Kota Damansara berusia 38 tahun menjadi mangsa suspek.

Katanya, suspek dalar tang bertemu imam terbabit dan mengaku memeluk Islam serta ingin meminjam wang bagi urusan menyelesai­kan masalah kad kredit disekat pihak bank.

“Mangsa dengan niat membantu menyerahka­n RM450 kepada suspek sebelum suspek menyatakan mahu ke Terengganu pada Ahad kerana urus niaga bank dibuka di negeri itu.

“Setiba di Terengganu, suspek meminta wang tambahan bagi urusan mengaktifk­an kad kreditnya menyebabka­n mangsa sekali lagi menyerahka­n wang RM650 melalui pindahan wang ke akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nik Ezanee berkata, mangsa menyedari nombor telefonnya disekat suspek dan gagal dihubungi sebelum mengetahui kejadian sama tudi Facebook menyatakan lelaki itu sudah menipu ramai imam dan ustaz di Selangor.

Menurutnya, mangsa sekali lagi terserempa­k dengan suspek di pekarangan Surau Mutiara Damansara, kelmarin dan kemungkina­n ingin melakukan jenayah sama.

“Berikutan itu, mangsa dan rakannya menahan suspek sebelum membawanya ke Balai Polis Mutiara Damansara untuk diserahkan kepada polis.

“Tangkapan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. “Siasatan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau dan ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

“Mangsa dengan niat membantu menyerahka­n RM450 kepada suspek

Nik Ezanee

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia