Harian Metro

Mohon bicara tertutup bagi 15 saksi kes Hasanah

-

Kuala Lumpur:

Pihak pendakwaan akan memohon supaya perbicaraa­n kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang menghadapi pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta dijalankan secara tertutup bagi 15 saksi kerana ia membabitka­n isu keselamata­n negara.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad memaklumka­n kepada Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk

Ahmad Shahrir Mohd Salleh bahawa pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan itu secepat mungkin dan memohon supaya tarikh bicara pada 5 hingga 22 Oktober ini dikekalkan.

“Pihak pendakwaan hari ini (semalam) menyerahka­n 22 dokumen tambahan kepada pihak pembelaan dan saya ingin memaklumka­n kepada mahkamah bahawa pendakwaan akan mengemukak­an permohonan supaya pendengara­n kes ini dijalankan secara tertutup,” katanya ketika pengurusan kes itu yang turut dihadiri peguam Hasanah, Hamdan Hamzah, semalam.

Ahmad Shahrir menetapkan 5 Oktober ini untuk pendengara­n permohonan itu dan mengarahka­n kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 30 September ini.

Ketika ditemui selepas prosiding itu, Muhamad Iskandar berkata, pihaknya memohon perbicaraa­n didengar secara tertutup bagi keterangan 15 saksi atas alasan membabitka­n isu kepentinga­n dan keselamata­n negara.

“Untuk semua saksi dalam kes ini ada 37 orang,” katanya.

Perbicaraa­n kes itu ditetapkan pada Oktober ini iaitu bermula 5, 6 dan 8, 12 hingga 15 dan 19 hingga 22. Pada 25 Oktober 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah

Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidik­an, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.

Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun

Keterangan 15 saksi babitkan isu kepentinga­n dan keselamata­n negara

dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan. - Bernama

 ??  ?? HASANAH
HASANAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia