Harian Metro

Roti jala bunga ros

Sentuhan Nur Amira pikat hati penggemar kuih tradisiona­l

- Oleh Murnaena Muhammad Nasir am@hmetro.com.my

Jarang kita melihat kuih tradisiona­l seperti roti jala dijadikan sebagai hantaran perkahwina­n mahupun pertunanga­n disebabkan rupa bentuk yang kurang menarik.

Namun, sentuhan dan idea kreatif Nur Amira Syafina Arsad, 28, memikat hati penggemar kuih itu yang inginkan kelainan untuk hantaran mahupun hadiah pada majlis hari jadi. “Kuih tradisiona­l tempatan kurang dijadikan sebagai hadiah disebabkan rupa bentuknya nampak biasa dan mudah didapati. “Disebabkan itu, idea mengubah roti jala kepada kuntuman bunga mawar tercetus supaya orang lain dapat menikmati kuih tempatan dengan rupa bentuk moden,” katanya.

Keunikan gubahan roti jala moden itu mula tular selepas Nur Amira memuat naik gambar Rose-ti Jala di akaun Twitter miliknya hingga meraih lebih 14,000 tanda suka dan 8,000 ulang ciap.

Dia yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam memilih bekerja sendiri untuk menjana pendapatan.

Menurut Nur Amira, perniagaan menjual roti jala bermula Ramadan lalu selepas pendapatan­nya terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, sejak perkongsia­nnya tular, dia menerima lebih 20 pesanan untuk hantaran majlis perkahwina­n.

“Selain perkhidmat­an melukis henna dan tempahan roti jala, saya juga menjual makanan tradisiona­l Johor iaitu kacang pool.

“Untuk satu kotak yang mengandung­i 49 kuntum roti jala bersama kari ayam kentang dijual dengan harga RM35 tidak termasuk penghantar­an,” katanya.

Idea tercetus supaya orang lain dapat menikmati kuih tempatan dalam bentuk moden

Nur Amira

 ??  ?? ROSE-TI Jala yang dihasilkan Nur Amira mendapat sambutan pelanggan.
ROSE-TI Jala yang dihasilkan Nur Amira mendapat sambutan pelanggan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia