Harian Metro

Sehari tiga kali buang iklan along

-

Kuala Lumpur:

Kira-kira 500 poster dan papan iklan haram termasuk ditampal sindiket peminjam wang haram atau along diturunkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cawangan Wangsa Maju dalam operasi dijalankan setiap hari.

Pengurus cawanganny­a, Ahmad Ibnu Sina Termizi berkata, jumlah denda minimum dan tiada hukuman penjara menyebabka­n kegiatan itu masih lagi berleluasa.

“Menampal dan memasang iklan haram kesalahan mengikut Undang-undang Kecil (Wilayah Persekutua­n) 1982 dan Undang-undang Kecil Vandalisme (Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur) 1991.

“Mengikut undang-undang ini, pelaku hanya perlu membayar denda maksimum RM2,000 saja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas operasi penurunan iklan haram di kawasan Wangsa Maju, semalam. Menurutnya, pihak DBKL sudah menyediaka­n papan buletin untuk pemasangan iklan secara percuma di beberapa kawasan namun ia tidak menjadi pilihan segelintir pengusaha.

“Kemungkina­n kawasan tidak strategik menjadi punca pengusaha atau ahli perniagaan tidak memasang iklan di situ walaupun ia tidak berbayar.

“Dalam satu hari pihak kami akan adakan tiga sesi menurunkan iklan haram di kawasan Wangsa Maju dan kira-kira 400 hingga 500 iklan dapat dikumpulka­n,” katanya.

Ahmad Ibnu Sina berkata, semua poster, pelekat dan papan iklan haram akan dibawa ke pusat kitar semula untuk tujuan pelupusan.

“Skim pinjaman wang, jual atau sewa rumah dan kerja kosong antara yang paling banyak diiklankan secara haram yang kebiasaann­ya dipamerkan di pokok, tiang lampu dan dinding,” katanya.

Satu hari pihak kami akan adakan tiga sesi menurunkan iklan haram Ahmad Ibnu Sina

 ??  ?? OPERASI penurunan iklan haram di sekitar kawasan Wangsa Maju.
OPERASI penurunan iklan haram di sekitar kawasan Wangsa Maju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia