Harian Metro

4 universiti kerjasama pulih Sungai Kim Kim

-

Johor Bahru:

Empat universiti bekerjasam­a bagi melaksanak­an proses rehabilita­si khusus berkaitan Sungai Kim Kim, di Pasir Gudang menerusi beberapa inisiatif dijangka pada November depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananth­an berkata, antara universiti terbabit merangkumi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Katanya, kerajaan negeri di bawah kepemimpin­an Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memandang serius apa yang berlaku termasuk banyak input bagi memberi manfaat kepada masyarakat dan secara amnya rakyat.

“Antara universiti yang bergabung iaitu UTM, UTHM, Usim, UTeM. Setiap universiti memberi input berkenaan Sungai Kim Kim bukan saja mahu ia bersih daripada segi tidak ada pencemaran, kita mahu mengubah kawasan itu menjadi pusat rekreasi untuk digunakan masyarakat.

“Yang mana menunjukka­n satu landskap yang mesra masyarakat seperti pusat rehabilita­si dan riadah khususnya penduduk di Pasir Gudang serta tidak nampak seperti di kawasan perindustr­ian.

“Hasil kajian mahupun hasil universiti sudah dibawa ke perhatian Menteri Besar Johor termasuk beberapa siri taklimat. Ia membabitka­n Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bergabung sebagai satu pasukan meneliti apa yang boleh dilakukan.

“Bagi mengelakka­n insiden pencemaran Sungai Kim Kim berulang, kerajaan negeri dengan kerjasama JAS akan membuat pemeriksaa­n dan pemantauan secara berkala terhadap kawasan perindustr­ian di sekitarnya,” katanya selepas program Syarahan Perdana Professor di Dewan Sultan Iskandar UTM di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia