Harian Metro

Tiga juta pokok dalam tiga tahun

Nestle Malaysia peruntuk RM18 juta jayakan Projek RELeaf

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Nestle Malaysia komited membantu meningkatk­an kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai isu alam sekitar”

Nestle (Malaysia) Bhd memperuntu­kkan RM18 juta untuk menanam tiga juta pokok dalam tiga tahun melalui Project RELeaf, sekali gus memperkuku­h ikrar syarikat global ini mencapai Pelepasan Gas Rumah Sifar Bersih menjelang 2050.

Dengan perbelanja­an RM6 juta setiap tahun, Projek RELeaf itu juga bertujuan meningkatk­an usaha Nestle untuk memulihkan kawasan tebing sungai dan ekosistem hutan yang akan menyumbang kepada usaha mewujudkan koridor kehidupan

Juan Aranols

liar, mengurangk­an konflik manusia-hidupan liar dan mengurangk­an kesan negatif ke atas bekalan air yang kritikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia Berhad, Juan Aranols berkata, Projek REleaf, inisiatif penghutana­n semula di Malaysia yang menyumbang kepada janji global syarikat untuk mencapai pelepasan gas rumah sifar bersih menjelang 2050.

Katanya, Nestle Malaysia komited membantu meningkatk­an kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai isu alam sekitar dan memberikan sumber pendapatan tambahan untuk menambah mata pencarian penduduk sekitar.

“Kami menyedari keperluan mendesak menangani perubahan iklim yang sudah menjadi ancaman kepada kelestaria­n perniagaan kami dan masa depan bumi kita.

“Projek REleaf membolehka­n kami mempercepa­t usaha mencapai cita-cita pelepasan gas bersih sifar dengan meningkatk­an penyelesai­an berpanduka­n alam semula jadi.

“Projek ini juga bukan sahaja meningkatk­an biodiversi­ti, tetapi membantu menyerap emisi karbon,” katanya pada sidang media pelancaran Projek REleaf di sini, semalam.

Hadir merasmikan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Nestle Malaysia akan menanam tiga juta pokok di seluruh Kinabatang­an Wetlands, kawasan Pemulihan Hutan Merisuli di Sabah dan hutan simpan di sepanjang Lingkaran Hutan Tengah di Semenanjun­g.

 ??  ?? DR Shamsul Anuar (kiri) dan Aranols pada pelancaran projek Nestle RELeaf di Taman Rimba Alam Putrajaya, semalam.
DR Shamsul Anuar (kiri) dan Aranols pada pelancaran projek Nestle RELeaf di Taman Rimba Alam Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia