Harian Metro

CINTA PANDANG PERTAMA

Raja Afiq jatuh hati dengan kelembutan serta keperibadi­an isteri

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Perkenalan yang singkat menerusi Instagram dan perbezaan usia lima tahun, bukan penghalang buat pelakon Raja Afiq, 26, dan anggota polis, Soffwany Yusuf, 31, mengecap kebahagiaa­n sebagai suami isteri.

Disatukan pada Ahad lalu, ternyata masingmasi­ng tidak mahu menunggu lama untuk melangkah ke fasa perkahwina­n.

Menurut Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja

Razali dia sendiri tidak mahu menangguhk­an hasrat murni berkenaan.

Baginya, dia sudah sedia untuk menjalani kehidupan sebagai suami apa lagi Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff memang wanita dicarinya sebagai isteri. Justeru, dia enggan melengahka­n hasrat itu.

“Kalau ikutkan, saya sudah menghantar mesej peribadi kepada Soffwany sejak Disember tahun lalu. Itupun, sekitar awal tahun ini baru saya mendapat balasan daripadany­a dan dari situlah kami mendalami isi hati masingmasi­ng.

“Apabila sudah kenal dan bercinta, saya rasa dialah wanita dan jodoh terbaik buat saya. Disebabkan itu, saya tidak mahu lengahkan hasrat untuk memperiste­rikannya meskipun kami baru bercinta.

“Bagi saya, cinta itu adalah proses berpanjang­an dan selepas kahwin pun memang kena sambung bercinta juga. Syukur, akhirnya kami selamat bergelar suami isteri biarpun perancanga­n tarikh sedikit terganggu,” katanya.

Berkongsi lanjut, pelakon Sayangku Kapten Mukhriz itu mendedahka­n mereka sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada bulan lalu. Namun begitu, situasi pandemik yang melanda sekarang membuatkan perancanga­n dibuat sedikit terganggu.

Bagaimanap­un, Raja Afiq mengakui dia tidak melihat perkara itu menjadi halangan untuk mereka meneruskan niat mempercepa­tkan perkahwina­n. Katanya, dia bersyukur apabila majlis perkahwina­nnya turut mendapat penajaan di saat akhir.

“Selepas bertunang Mac lalu, kami terus rancang untuk berkahwin secepat mungkin iaitu pada Ogos. Namun begitu, kami terpaksa menunda tarikh itu disebabkan banyak hal perlu diuruskan selepas berlaku perubahan tidak dijangka.

“Antaranya kami tidak mendapat lokasi untuk adakan majlis disebabkan banyak tempat sudah ditempah. Mujur, dapat juga penajaan daripada sebuah pengendali perkahwina­n untuk mengadakan majlis di tempat mereka,” katanya.

Afiq turut berkongsi antara faktor dia jatuh hati dengan isterinya kerana kelembutan serta keperibadi­an yang menyenangk­an. Dia mengakui, pertama kali berjumpa terus terpikat dengan peserta program Suara Viral itu.

“Saya jarang jumpa perempuan lembut dan terus tertarik. Apa lagi, menyenangk­an hati. Dia (isteri) pun faham dengan kerja saya dalam industri menyebabka­n banyak perkara membuatkan kami serasi,” katanya.

Soffwany pula berkata Raja Afiq adalah seorang lelaki yang sangat matang meskipun usianya jauh lebih muda. Disebabkan perwatakan yang begitu menyenangk­an, dia lantas yakin untuk menerimany­a sebagai teman hidup.

“Sebelum ini, saya memang biasa berkenalan dengan lelaki yang usianya lebih muda daripada saya. Tapi Afiq ini, jenis lelaki yang sangat bertanggun­gjawab dan matang pada usia,” katanya.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah menjadi suami isteri pada jam

9 pagi, Sabtu lalu. Pada majlis pernikahan yang berlangsun­g di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah di hadapan 18 tetamu.

Pada majlis itu juga ,

Raja Afiq menyerahka­n wang hantaran berjumlah RM15,000, berserta mas kahwin sebanyak RM1,101, termasuk lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh daripada pihak perempuan.

Sebaik selesai majlis pernikahan, pasangan itu turut dirai di sebuah dewan di Plaza Jelutong. Apapun, pasangan ini dijangka mengadakan majlis bersanding pada Januari tahun depan sama ada di Kuala Lumpur atau Ipoh.

Saya jarang jumpa perempuan lembut dan terus tertarik. Apa lagi, menyenangk­an hati. Dia (isteri) pun faham dengan kerja saya dalam industri menyebabka­n banyak perkara membuatkan kami serasi

 ?? FOTO: AZIAH AZMEE ?? RAJA AFIQ dan Soffwany tidak mahu tunggu lama untuk berkahwin.
FOTO: AZIAH AZMEE RAJA AFIQ dan Soffwany tidak mahu tunggu lama untuk berkahwin.
 ??  ?? TERTAWAN dengan keperibadi­an diri masing-masing.
TERTAWAN dengan keperibadi­an diri masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia