Harian Metro

‘SAMSENG’ JADI ALIM

Adam Corrie mengaku sukar hayati watak baik tanpa bimbingan pengarah

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Siapa tidak kenal dengan Adam Corrie yang seringkali tampil dengan watak antagonis dalam drama atau filem lakonannya.

Antara yang paling memberi kesan, ialah karakter Dragon yang pernah dilakonkan­nya menerusi filem KL Gangster 1&2.

Bagaimanap­un, tawaran melakonkan watak Yusof menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) ternyata membawa cabaran tersendiri buat pelakon bernama Adam Corrie Lee Abdullah itu.

Adam, 52, mengakui kekok melakonkan karakter seorang lelaki baik yang beriman dan penuh kesabaran dalam berdepan kisah silam isterinya, Siti Zahrah lakonan Fasha Sandha.

“Orang biasanya kenal saya dengan watak samseng dan kaki pukul, tiba-tiba mereka tengok saya bawa karakter lelaki baik dan memerlukan penghayata­n sangat mendalam.

“Watak ini sangat berat kerana saya sendiri masih baru dalam Islam dan kini dalam proses mengenal Allah SWT lagi.

“Nampak seperti mudah, tapi hakikatnya ketika penggambar­an saya kena ulang banyak kali babak kerana penghayata­n tak sampai,” katanya.

Adam berkata, dia sendiri tidak menyangka boleh membawa watak berkenaan dengan baik. Itupun kerana pengarah yang banyak membantu.

“Apabila beraksi dan saya berdialog, Rahila banyak cut (potong). Mulanya, saya hairan juga dan tertanya-tanya kenapa. Rupanya dia nak betulkan watak dan cara saya berdialog sebagai Yusof, bukannya Adam Corrie.

“Dia banyak bantu saya jadi Yusof. Mulanya, memang saya agak keras apabila dapat skrip yang hanya membabitka­n lakonan sendiri.

“Babak lain dalam filem itu saya tak tahu. Jadi, saya hanya hafal dialog saya, tapi apabila masuk set dan Rahila kata ‘action’ saya tak boleh buat,” katanya.

Menurutnya, Rahila kemudian mendekati dan berbisik mengenai apa yang perlu dibuat untuk merealisas­ikan sesuatu babak.

“Apabila saya berdialog selepas itu, barulah Rahila kata dapat rasa apa yang saya tuturkan dalam babak terbabit.

“Alhamdulil­lah, saya berjaya. Ini juga pengalaman pertama saya bawa watak baik dalam filem dan ia sangat menggembir­akan,” katanya.

Biarpun hanya terbabit dalam empat babak, lakonan Adam mendapat pujian penonton. Bahkan, ada kalangan mereka yang menitiskan air mata.

“Jujurnya saya sendiri terkejut boleh bawa watak ini dan penonton pula suka. Ikutkan saya tak puas kerana hanya berlakon empat babak.

“Peminat terkejut kerana saya tampil berbeza. Malah, ada yang kata saya ‘comel’ dengan melakonkan watak begini.

“Harapnya, saya dapat peluang lagi untuk bawakan watak-watak berbaur positif pada masa akan datang,” katanya.

Adam berkata, dia juga mahu menukar tanggapan peminat yang sering mengaitkan lakonannya dengan watak jahat.

“Saya tak berani kata, sudah bagus menjayakan watak sebegitu. Tapi, saya perlukan pengarah yang boleh bimbing saya seperti Rahila.

“Secara jujur dia (Rahila) sangat bersabar. Banyak kali ‘cut’, tapi dia tetap sabar dan penuh iman bentuk saya melakonkan watak Yusof.

“Saya perlukan orang yang boleh bekerjasam­a dengan baik. Kiranya, saya ibarat orang baharu dalam industri filem kita,” katanya.

Dalam pada itu, Adam kini mempunyai syarikat produksi bernama Adam Corrie Production yang ditubuhkan dengan seorang rakan.

“Kami kini menyiapkan ‘pilot’ projek untuk sebuah drama episod berjudul Abdullah yang bakal disiarkan di Nurflix nanti.

“Drama sebanyak 13 episod ini berunsurka­n dakwah, yang mana

Allah memberi kelebihan kepada Abdullah yang tidak dimiliki orang lain,” katanya.

Ujar Adam, skrip dan arahan cerita itu dibuat oleh Jepp Saly, manakala dia akan melakonkan watak Abdullah iaitu seorang pesilat. Menurutnya, dia bagaimanap­un tiada asas silat tapi akan berguru dengan seorang tokoh dihormati.

Watak ini sangat berat kerana saya sendiri masih baru dalam Islam dan kini dalam proses mengenal Allah SWT lagi ADAM CORRIE

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia