Harian Metro

MENTUA FAHAM NAGITA

Tak merungut dengan tabiat buruk menantu sering bangun lewat

- Susunan Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Hidup dalam serba mewah dan disayangi ibu mentua adalah perkara diimpikan setiap wanita. Justeru, tidak ramai yang bernasib baik.

Apapun, pelakon Indonesia, Nagita Slavina boleh dianggap bertuah apabila rumah tangga dibina bersama selebriti terkenal, Raffi Ahmad cukup bahagia.

Pun begitu, menerusi laporan media di Indonesia baru-baru ini memaklumka­n ibu Raffi dikenali Amy Qanita membongkar­kan tabiat kurang manis menantunya.

Menurut Amy Qanita, dia tidak pernah merungut atau geram dengan sikap menantunya, Nagita yang suka bangun lewat dari tidur.

Dia yang tinggal sebumbung dengan keluarga anak lelakinya menyifatka­n Nagita memang selalu bangun lewat kerana balik dari bekerja di awal pagi.

“Saya sangat faham keadaan menantu saya yang bangun tidur lewat setiap hari kerana dia selalu sibuk bekerja. Jadi, tidur harus cukup.

“Apatah lagi, selama tinggal bersama saya sangat menghormat­i jadual kerja mereka. Paling utama, masing-masing bahagia dan gembira.

“Saya bukan ibu mentua yang suka membesarka­n sesuatu perkara. Apa yang penting, keluarga anak menantu harmoni selalu,” katanya.

Bukan hanya hubungan dengan Nagita dipersoal, yang pasti Amy Qanita juga dikata berhadapan masalah dengan besannya, Mama Rieta.

Mengulasny­a, dia berkata di antara mereka tidak pernah bermasalah kerana masing-masing sangat menghormat­i sesama sendiri.

“Hubungan saya dengan besan (Mama Rieta) selama ini baik-baik saja. Apapun, terpulangl­ah dengan apa yang orang lain nak kata mengenai kami.

“Untuk saya, cukup melihat kehidupan rumah tangga anak sentiasa aman selalu. Ia kerana, saya sering doakan kebahagiaa­n mereka,” katanya.

Menurut Amy Qanita, dia juga seorang yang tidak suka melayan khabar angin atau gosip. Ujarnya, biarlah apa orang nak kata.

Apapun, yang pasti kebahagiaa­n rumah tangga Raffi dan isterinya sentiasa menjadi perhatian umum, termasuk dipalit cerita sensasi.

Sehubungan itu, Raffi dan Nagita mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkongsia­n hidup itu mereka dikurniaka­n seorang anak lelaki, Rafathar Malik Ahmad.

Saya sangat faham keadaan menantu saya yang bangun tidur lewat setiap hari kerana dia selalu sibuk bekerja. Jadi, tidur harus cukup AMY QANITA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia