Harian Metro

TELEFON MAMPU MILIK

Sesuai untuk pelajar, kemampuan setanding peranti golongan pertengaha­n

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Telefon pintar pada hari ini sudah menjadi perkakas wajib dan bukan lagi satu barangan aksesori seperti beberapa dekad lalu memandangk­an kebanyakan tugasan produktivi­ti harian juga boleh diakses menerusi peranti berkenaan.

Ia juga membabitka­n semua peringkat pengguna termasuk pelajar yang memerlukan peranti pintar untuk ketersalin­ghubungan antara rakan.

Tambahan pula, golongan pelajar pada hari ini sudah mempunyai kumpulan ‘WhatsApp’ yang bukan saja terdiri daripada rakan sekelas sebaliknya turut membabitka­n guru untuk tugasan serta topik yang bakal dibincangk­an untuk sesi pembelajar­an berikutnya.

Untuk itu, tidak semua golongan pelajar mampu memiliki peranti pintar yang berharga ribuan ringgit dan Huawei Y6p adalah jawapannya memandangk­an tanda harga peranti pintar itu dibawah RM500 untuk pasaran hari ini.

Bagi pelajar yang tidak banyak bergantung kepada aplikasi berat sebaliknya kefungsian untuk kekal berhubung, Huawei menawarkan peranti mampu milik ini untuk semua lapisan masyarakat.

Huawei Y6p dikelaskan sebagai peranti kelas permulaan yang mula memasuki pasaran pada Mei lalu dengan penawaran spesifikas­i yang baik.

Menyentuh aspek spesifikas­inya, Huawei Y6p menggunaka­n pemproses MediaTek MT6762E Helio P22 dengan rekaan 12nm yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) bermula 3GB hingga 4GB mengikut variasi pilihan pengguna.

Skrin untuk peranti ini berkeluasa­n 6.3 inci dengan nisbah paparan ke bentuk fizikal kira-kira 81 peratus dan menggunaka­n teknologi IPS LCD sesentuh.

Peranti ini didatangka­n dengan slot kad sim tunggal manakala sistem operasi berasaskan kepada Android 10 dengan pemuka EMUI 10.1 serta pilihan storan antara 32GB hingga 64GB.

Biarpun ia peranti kelas permulaan, namun tetapan tiga lensa tetap mengagumka­n dengan lensa utama berkeupaya­an 13MP sudut lebar, 5MP sudut ultra lebar dan 2MP untuk sensor kedalaman.

Ia didatangka­n dengan kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecas 10W termasuk keupayaan untuk pengecasan berbalik.

Melihat kepada aspek kepengguna­an, ia satu peranti pintar yang bagus walaupun memiliki tanda harga yang rendah dan kefungsian­nya sesuai untuk golongan pelajar yang mungkin tidak mahu membeli peranti bernilai ribuan ringgit.

Rekaan fizikalnya juga tidak menunjukka­n bahawa ia peranti kelas permulaan sebaliknya penulis merasakan ia lebih kepada peranti permulaan tinggi atau kelas pertengaha­n.

Pelancaran aplikasi seperti WhatsApp, Telegram dan aplikasi sosial lain juga tidak menghadapi masalah malah peranti ini berkeupaya­an untuk kepelbagai­an tugas dalam satu masa.

Secara keseluruha­nnya, ia satu peranti yang baik terutamany­a untuk kelas permulaan dan pengguna pasti tidak menyangka keupayaann­ya hampir sama dengan peranti kelas pertengaha­n.

 ??  ??
 ??  ?? HUAWEI Y6P dilengkapi pemproses yang baik untuk peranti pintar kelas pertengaha­n dan sesuai untuk pelajar tidak mempunyai bajet 'keras' bagi pembelian peranti.
HUAWEI Y6P dilengkapi pemproses yang baik untuk peranti pintar kelas pertengaha­n dan sesuai untuk pelajar tidak mempunyai bajet 'keras' bagi pembelian peranti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia