Harian Metro

PERMAINAN CABAR DIRI

Desperados III miliki karektor tidak boleh dikawal bagi kategori permianan sukar

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Tidak ramai pemain atau peminat permainan video yang gemar kepada konsep Strategi Waktu

Nyata (Real-Time Strategy) atau ‘Real-Time Tactics’ memandangk­an ia menguji taktik untuk menyelesai­kan sesuatu misi.

Minggu ini, #ITMetro ingin mencadangk­an kepada pemain yang suka mencabar diri untuk bermain judul Desperados III yang dilancarka­n pada 16 Jun lalu oleh Mimimi Games dan diterbitka­n THQ Nordic.

Jika pemain masih mengingati­nya, sekuel judul ini pernah dilancarka­n pada 2001 dengan judul Desperados: Wanted Dead or Alive diikuti dengan Helldorado dan terbaru Desperados III.

Untuk sekuel terbaru ini, Mimimi Games masih mengekalka­n watak utama iaitu John Cooper selaku ‘Bounty Hunter’ yang dibantu oleh empat rakannya yang lain dan pemain boleh mengawal pasukan Cooper mengikut kesesuaian misi.

Uniknya untuk genre permainan ini, pemain boleh menyelesai­kan misi mengikut taktik pilihan sendiri dan genre jenis ini masih mengekalka­n konsep permainan ‘stealth’.

Setiap ahli pasukan Cooper juga memiliki kemahiran tersendiri seperti penembak tepat, balingan pisau dan beberapa kemahiran lain yang perlu digunakan untuk menjayakan sesebuah misi.

Genre permainan jenis ini memang mencabar pemain terutamany­a jika memilih mod kesukaran paling tinggi iaitu ‘Hard’ memandangk­an watak NPC (karektor tidak boleh dikawal) akan lebih peka dengan bunyi bising termasuk serangan mereka lebih bahaya.

Setiap pembunuhan NPC musuh perlu disorokkan untuk mengelakka­n NPC lain menyedari dan akan membunyika­n loceng keselamata­n sekali gus akan menambah kesukaran untuk menamatkan sesuatu misi.

Menyentuh aspek permainan, pemain boleh mengawal lima watak iaitu John Cooper, Hector Mendoza, Doc McCoy, Isabelle Moreau dan Kate O’Hara yang memiliki kemahiran berbeza serta set senjata unik.

Untuk sekuel terbaharu ini, corak penceritaa­n akan bermula dengan persoalan apabila John Cooper memburu pembunuh bapanya dan pemain akan dibawa kepada misi penjejakan musuh dikenali ‘Frank’.

Secara keseluruha­nnya, ia satu permainan yang sangat unik dan mod penceritaa­n disifatkan sebagai ‘hidup’ apabila banyak percakapan membabitka­n NPC sepanjang misi.

Kesan grafik pula amat mengagumka­n dan ia satu judul permainan yang sangat baik untuk pemain yang gemar kepada konsep serta cabaran permainan berbeza dengan kebiasaan.

 ??  ?? Genre permainan 'Real-Time Tactics' yang ideal untuk judul Desperados III serta menampilka­n mekanik termasuk mod penceritaa­n yang baik. Permainan ini dibangunka­n Mimimi Games dan diterbitka­n THQ Nordic bulan lalu.
Genre permainan 'Real-Time Tactics' yang ideal untuk judul Desperados III serta menampilka­n mekanik termasuk mod penceritaa­n yang baik. Permainan ini dibangunka­n Mimimi Games dan diterbitka­n THQ Nordic bulan lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia