Harian Metro

LEMAS DALAM KERETA

Kadar karbon monoksida yang rendah sudah cukup buat seseorang itu tidak sedarkan diri

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Tragedi empat sekawan yang lemas karbon monoksida ketika berehat dalam kereta di Kilometer 132.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat stesen minyak di Sama Gagah, pagi Khamis lalu mengejutka­n masyarakat negara ini.

Dalam kejadian itu, seorang ditemui maut di tempat kejadian manakala dua meninggal ketika menerima rawatan di hospital dan seorang lagi dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang melakukan pemeriksaa­n ke atas kenderaan yang dinaiki empat sekawan itu mengesyaki berlaku kebocoran di bahagian ekzos kereta kerana mengeluark­an bunyi dan bau asap sangat kuat.

Kebocoran itu menyebabka­n asap disedut masuk dalam ruang kenderaan terbabit dan mangsa tidak sedarkan diri kerana terhidu gas.

Bagaimanap­un, ada segelintir pihak menyatakan, lebih selamat jika seseorang yang ingin tidur dalam kereta supaya membuka sedikit tingkap.

Namun tanggapan kurang tepat itu perlu diperbetul­kan kerana menurut maklumat daripada Public Health Malaysia, keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak.

Berdasarka­n maklumat yang dikongsika­n di laman Facebook rasmi Public Health Malaysia, kadar yang rendah sudah cukup membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri.

“Karbon monoksida dari luar yang mengelilin­gi kereta juga bahaya.

“Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan itu boleh meresap masuk dalam kereta,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, keracunan karbon monoksida adalah punca utama kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia.

Data Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat mendapati 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.

“Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi.

“Ia boleh dihasilkan daripada pembakaran diesel atau petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan ketika memasak,” katanya.

Dalam pada itu, pembakaran bahan bakar dalam engin kenderaan menghasilk­an banyak gas sampingan yang dikeluarka­n sebagai asap ekzos.

Asap ekzos itu mengandung­i gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbo­n dan nitrogen oksida.

Ketika memandu, sistem ekzos yang baik membebaska­n gas beracun ini ke persekitar­an dengan lancar dan selamat.

Namun, masalah timbul apabila sistem itu bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.

Tanpa disedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa itu masuk menerusi saluran pernafasan serta memasuki saluran darah.

Gas beracun itu kemudian akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen) lalu membentuk carboxyhae­moglobin.

Apabila itu berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen dan kekurangan oksigen menyebabka­n sel dan tisu badan gagal berfungsi serta mati.

Sementara itu, antara gejala awal keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, berasa lemah, muntah, sakit dada, keliru dan sebagainya.

Begitupun, jika gas itu dihidu ketika tidur, individu terbabit tidak menyedari sebarang perubahan dan akhirnya menyebabka­n kematian.

Tip Pencegahan

Keracunan Karbon Monoksida.

Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan dalam kawasan rumah.

Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandung­i gas karbon monoksida dan boleh menyebabka­n keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.

Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar dalam kenderaan dengan enjin terpasang.

Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.

Pastikan sistem ekzos anda diperiksa dan di selenggara secara berkala.

Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabka­n kematian.

Sumber: Public Health Malaysia

 ??  ?? PASTIKAN sistem ekzos diperiksa dan diselengga­ra. kenderaan. tidur dalam
BAHAYA
PASTIKAN sistem ekzos diperiksa dan diselengga­ra. kenderaan. tidur dalam BAHAYA
 ??  ?? TRAGEDI empat sekawan yang mengejutka­n negara.
TRAGEDI empat sekawan yang mengejutka­n negara.
 ??  ?? JANGAN tidur atau berehat sebentar dengan enjin kenderaan dihidupkan.
JANGAN tidur atau berehat sebentar dengan enjin kenderaan dihidupkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia