Harian Metro

Nikmat rasa kopi dalam satu cawan

-

Jenama kopi kegemaran Malaysia, NESCAFE memperkena­lkan NESCAF… Cup Caramel Macchiato dan Smooth Cappuccino, variasi terbaharu produk sedia untuk diminum.

Ia didatangka­n dalam cawan mesra alam

250 mililiter (ml) yang direka khas lengkap dengan penutup sippy, menjadikan­nya produk pertama seumpamany­a dalam pasaran untuk segmen berkenaan.

Dihasilkan daripada biji kopi dari Brazil (Caramel macchiato) dan diimport dari Korea (Smooth Cappuccino) adalah produk premium yang menawarkan kenikmatan rasa kopi seimbang dalam satu cawan.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Minuman Sedia Diminum Nestle (Malaysia) Berhad,

April Wong, pengenalan roduk minuman terbaharu itu adalah ekspresi visi jenama jenama berkenaan iaitu Dicipta untuk Kenikmatan.

Kata April, pihaknya sentiasa berusaha mencari idea baharu untuk mengukuhka­n jalinan hubungan dengan golongan belia dan menerapkan budaya kafe yang popular ke dalam produk.

Katanya, dalam pada masyarakat menyesuaik­an cara bersosial bersama kopi dengan situasi semasa, mereka berbangga dapat memperkaya­kan pengalaman penggemar kopi dengan suntikan nafas baharu dalam kopi kegemaran klasik yang kini sedia dinikmati terus dalam cawan.

“Dengan rasa karamel yang lazat dan sentuhan susu berkrim, minuman

Caramel Macchiato menawarkan pengalaman kopi yang premium buat penggemar karamel.

“Smooth Cappuccino pula adalah adunan espreso yang sempurna, diseimbang­kan dengan kekayaan susu berkrim dan resipinya juga diperbahar­ui untuk menghasilk­an tekstur lembut serta licin bagi mengujakan lagi cita rasa,” katanya.

Sementara itu, dua minuman terbaharu itu tampil dalam cawan mesra alam dan dihasilkan

100 peratus daripada pembungkus­an plastik boleh dikitar semula.

Dengan penutup sippy, penyedut tidak lagi diperlukan dan ia adalah inovasi yang dapat mengurangk­an sisa pembuangan, sejajar komitmen berterusan Nestle ke arah mencapai sasaran alam sekitar yang lebih mapan.

Ia sudah pun berada di pasaran dan untuk menghasilk­an rasa premium kopi yang diadun serta dibru dengan sempurna, anda hanya perlu goncang, buang penutup untuk tanggalkan lapisan pelindung.

Secawan kopi lazat sedia untuk dinikmati pada bilabila masa, di mana jua.

 ??  ?? KOPI premium NESCAFE Cup Caramel Macchiato dan Smooth Cappuccino yang sedia diminum.
KOPI premium NESCAFE Cup Caramel Macchiato dan Smooth Cappuccino yang sedia diminum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia