Harian Metro

‘Bala’ kad merah

Arahan keluar padang terhadap Christense­n mudahkan tugas Liverpool atasi Chelsea

-

Sadio Mane berkata, layangan kad merah pada separuh masa pertama kepada Andreas Christense­n ternyata mencetus kemenangan bergaya Liverpool ke atas Chelsea, 2-0 di Stamford Bridge.

Christense­n diperintah keluar padang hanya beberapa minit sebelum waktu rehat selepas menjatuhka­n penyerang kebangsaan Senegal itu yang dilihat berpeluang meledak gol di kawasan lawan.

Mane muncul wira The Reds selepas menjaringk­an dua gol pada separuh masa kedua perlawanan.

‘‘Sememangny­a ia perlawanan sengit, terutama pada separuh masa pertama,’’ kata Mane kepada Sky Sports.

‘‘Kami dapati cukup sukar mencipta peluang. Apabila mereka memperoleh kad merah, ia menjadi lebih mudah dan kami mampu mencipta banyak peluang serta menjaringk­an dua gol. Kami berhak menang perlawanan itu.’’

Selain meraikan Liverpool memperoleh enam mata, peminat penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu juga berpeluang melihat aksi bintang baharu kelab itu, Thiago Alcantara yang membuat kemunculan pertama pada babak kedua permainan.

Sekalipun hanya beraksi 45 minit pemain tengah dari Sepanyol itu berjaya mempamerka­n beberapa hantaran kemas selain mencipta ruang buat pasukan.

Aksi The Reds mendapat pujian pengendali­nya, Jurgen Klopp yang menyifatka­n barisan pemainnya mempamer aksi konsisten sebelum Christense­n dilayangka­n kad merah lagi.

‘‘Inilah yang perlu kami pamerkan sepanjang masa. Amat penting bagi kami mempamerka­n kemampuan sebenar dan saya dapat menyaksika­nnya pada perlawanan ini,’’ katanya.

Sementara itu, Frank Lampard mengakui

Chelsea memerlukan masa merapatkan jurang dengan Liverpool di tangga teratas liga selepas kekalahan itu.

‘‘Setiap pasukan yang mengecapi kejayaan memerlukan masa serta proses dan proses kami bermula daripada sekarang, bukan tahun lalu,’’ kata Lampard yang menyenarai­kan dua pemain yang baharu ditandatan­ganinya, Timo Werner dan Kai Havertz dalam kesebelasa­n utama skuad itu. - Agensi

 ??  ?? CHRISTENSE­N (tengah) dilayang kad merah.
CHRISTENSE­N (tengah) dilayang kad merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia