Harian Metro

Tuah TSC pertaruh pelumba muda

-

elumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui mereka perlu belajar dan memperting­katkan diri selepas berakhir perlumbaan di Grand Prix (GP) Emilia-Romagno kelmarin.

Menurut pelumba Inde Aspar itu, dalam perlumbaan kelmarin mereka terpaksa berdepan dengan kesukaran di sebabkan hujan dan perlumbaan dihentikan sebanyak dua kali.

“Kami cuba menggunaka­n tayar lembut namun ia tidak berkesan dengan baik buat kami. Sekarang masanya kami memikirkan mengenai percaturan di Barcelona pula,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kuala Lumpur:

Hafizh berjaya menamatkan perlumbaan di Misano Adriatico kelmarin dengan menduduki tempat ke-19 manakala rakan sepasukann­ya Aron Canet meraih tempat ke-12. Sementara itu, pelumba muka baharu negara dalam kelas Moto2, Kasma Daniel Kasmayudin sama sekali tidak berpatah semangat selepas tidak menamatkan perlumbaan GP Emilia Romagna yang berlangsun­g di Litar Misano.

Sebaliknya Kasma yang bersama pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, bertekad menebus kesilapan dilakukan pada perlumbaan yang diganggu isu cuaca itu sebelum dimenangi

Enea Bastianini (Italtrans Racing Team) di GP Catalunya, hujung minggu ini.

“Terlebih dulu, saya mahu memohon maaf kepada pasukan kerana tidak menamatkan perlumbaan,” kata Kasma.

“Saya berasa begitu yakin ketika menunggang motosikal dan cuba mengejar pelumba di depan tetapi saya melakukan kesilapan pada selekoh terakhir dan terjatuh.’’

GP Catalunya dijadual menjadi pusingan kesembilan bagi musim 2020 di Litar Barcelona-Catalunya hujung minggu ini sebelum saingan seterusnya beralih ke GP Perancis, 11 Oktober ini.

Kuala Lumpur:

Percaturan menurunkan pelumba muda nyata membuahkan hasil apabila Team Sapura Cycling (TSC) menguasai empat daripada lima kategori yang dipertandi­ngkan dalam acara lelaki di Kejohanan Berbasikal Kebangsaan, Ahad lalu.

Pengurus pasukan, Sayuti Zahit yang ternyata gembira dengan kemampuan anak buahnya bersyukur dan mengucapka­n tahniah kepada pelumba kerana menunjukka­n komitmen jitu bergelar juara dan juga Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) selepas berjaya menganjurk­an kejohanan itu dengan jayanya.

Pasukan yang berpangkal­an di Kuala Lumpur, TSC hanya terlepas satu gelaran iaitu acara lepas beramai-ramai bawah 23 tahun yang dikuasai pelumba Terengganu A, Muhammad Shahmir Aiman Abdul Halim.

‘‘Alhamdulil­lah TSC dapat membawa pulang empat jersi daripada lima dipertandi­ngkan dan ia satu petanda baik bagi pelumba muda

Mereka menjalani latihan keras beberapa bulan lalu dan kejayaan di Kejohanan Kebangsaan itu adalah hasilnya”

kami. Mereka sentiasa bersedia memikul tanggungja­wab apabila diberikan dan berjaya melaksanak­an misi pasukan.

‘‘Bagaimanap­un, ingin saya tegaskan kejayaan ini tidak datang dengan mudah. Mereka menjalani latihan keras beberapa bulan lalu dan kejayaan di Kejohanan Kebangsaan itu adalah hasilnya,’’ katanya.

TSC mengunggul­i acara ujian masa berpasukan dan individu bawah 23 tahun menerusi Muhammad Nur Aiman Rosli, Mohammad Saari Amri Abd Rasim dan Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri.

Sayuti Zahit

 ??  ?? HAFIZH Syahrin
KASMA Daniel
HAFIZH Syahrin KASMA Daniel
 ??  ?? PASUKAN TSC menang empat daripada lima kategori di Melaka.
PASUKAN TSC menang empat daripada lima kategori di Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia