Harian Metro

Sayonara Sathia

Pengendali Red Giants dipecat

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Benarkah wujud konspirasi untuk jatuhkan pengendali Selangor, B Sathianath­an sejak awal musim ini?

Itu persoalan yang timbul selepas jurulatih berpengala­man itu berpandang­an prestasi skuad Red Giants dalam lapan aksi Liga Super setakat ini masih baik di mana anak didiknya hanya tewas dua kali musim ini.

Bagaimanap­un, kekalahan besar 1-6 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah kemuncak kepada pemecatann­ya selepas turut tewas 0-2 kepada Kedah pada Mac lalu.

Meskipun ada ura-ura terdengar wujudnya gerakan untuk menjatuhka­nnya, namun beliau enggan mengambil pusing sambil mengakui mampu memperbaik­i prestasi pasukan dalam baki tiga aksi selepas ini.

“Saya enggan komen (jatuhkan dirinya) perkara ini. Apa pun terima kasih kepada semua pemain kerana memberi komitmen 100 peratus dalam latihan dan perlawanan sepanjang saya mengendali pasukan.

“Musim ini kita hanya tewas dua perlawanan tetapi secara keseluruha­n saya sudah beri yang terbaik. Cuma saya terkilan tidak boleh habiskan musim ini dan saya nampak tiga perlawanan selepas ini mudah untuk Selangor dapat sembilan mata apabila bertemu Felda United, PDRM FC dan UiTM FC jika lihat daripada prestasi semasa pemain. “Seperti saya katakan sebelum ini semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kita hanya kalah dengan JDT dan Kedah, empat seri, dua menang.

“Itu menunjukka­n pemain dalam landasan yang betul. Walaupun saya dipecat saya harap pemain-pemain akan memberikan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, FAS mengumumka­n pemecatan Sathianath­an serta merta susulan kekalahan memalukan di tangan JDT dan tempatnya akan dipikul sementara oleh Pengarah Teknikal FAS, Micheal Feichtenbe­iner sehingga ketua jurulatih baharu diumumkan.

“Saya jumpa RMS (Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah) pagi tadi (semalam) dan beliau umumkan kepada saya perkara itu.

“Surat juga sudah diterima dan FAS akan beri pampasan dan sebagainya seperti tertakluk dalam kontrak. Jadi saya terima dan ucapkan selamat maju jaya kepada Selangor,” katanya.

Sathianath­an muncul jurulatih kedua dalam saingan Liga Malaysia musim ini ‘direhatkan’ selepas minggu lalu Kelantan United menjadi pasukan pertama mengambil tindakan sama terhadap Zahasmi Ismail ekoran prestasi merudum kelab tersebut.

Surat sudah diterima dan FAS akan beri pampasan seperti dalam kontrak Sathianath­an

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia