Harian Metro

Kelompok teratas ubat duka TFC II

- Oleh Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu:

Selepas gagal merealisas­ikan impian untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana musim ini, skuad Terengganu FC II (TFC II) menyasarka­n berada dalam kelompok teratas liga sebagai pengubat duka.

Demikian impian pengendali skuad itu, Roshadi Wahab selepas pasukannya sah mengangkat bendera putih selepas sekadar seri 2-2 dengan UKM FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Pada pertemuan itu, skuad The Turtles mendahului 2-0 pada babak pertama perlawanan menerusi pemain pertahanan, Che Mohamad Arif Che Kamarudin dan kapten, Bruno Suzuki, namun The Varsity Boys bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi dua gol Muhamad Baqiuddin Shamsudin sekali gus meranapkan impian tuan rumah untuk mengutip tiga mata penuh.

“Impian kita untuk menjuarai liga musim ini sudah tertutup, tapi sasaran pada masa ini adalah untuk mengatasi empat pasukan ‘feeder club’ yang lain. Jika kita lihat kedudukan terkini, kita masih lagi di hadapan dan kita yakin boleh mengatasi ‘feeder club’ lain iaitu Johor Darul Takzim ll (JDT ll), Selangor 2 dan Perak 2,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, bekas pertahanan Terengganu itu mengakui begitu kecewa dengan persembaha­n pemainnya yang melakukan kesilapan kecil sekali gus mengundang padah buat pasukan.

Sementara itu, pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin mengimpika­n pasukannya beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Menurutnya, walaupun pasukannya belum berada dalam zon selesa untuk melangkah ke saingan piala berprestij di Malaysia itu, beliau tetap berkeyakin­an anak buahnya mampu merealisas­ikan impian itu.

‘’Kami tidak boleh keciciran mata untuk menempatka­n diri dalam kelompok pasukan yang layak beraksi dalam kancah Piala Malaysia kerana hanya berbaki tiga perlawanan lagi,’’ katanya.

 ??  ?? ROSHADI
ROSHADI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia