Harian Metro

Lega curi satu mata

Dollah kagum semangat juang pemain bangkit ikat The Fighters

- Oleh Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Biarpun gagal mencatat kemenangan, Dollah Salleh bersyukur kerana skuadnya berjaya mencuri satu mata selepas seri 2-2 ketika berdepan Felda United FC di Stadium Tun Abdul Razak, kelmarin.

Pengendali Tok Gajah itu berkata, ini kerana skuadnya bangkit pada babak kedua perlawanan selepas ketinggala­n 1-2 untuk memastikan pasukan itu tidak pulang hampa.

“Pada keseluruha­nnya kita bermain baik sepanjang tempoh 35 minit perlawanan apabila mendahului 1-0 sebelum Felda United bangkit dengan menjaringk­an dua gol.

“Tapi saya puji semangat semua pemain yang tidak berputus asa walaupun ketinggala­n dan hasilnya kita berjaya mendapatka­n gol penyamaan 2-2.

‘‘Biarpun kemenangan dicari, saya berterima kasih kepada barisan pemain muda yang semakin menunjukka­n peningkata­n dari segi permainan selepas kehilangan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan,” katanya.

Pada perlawanan itu, dua pemain utama Tok Gajah, Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon tidak beraksi kerana berdepan masalah kecederaan.

Sementara itu, pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil mengakui kecewa kerana skuadnya gagal dalam misi mengutip tiga mata di laman sendiri.

Namun, beliau tetap memuji komitmen dan semangat anak buahnya walaupun ketinggala­n 0-1, mereka bangkit dengan kedudukan 2-1 sebelum akur berkongsi satu mata selepas berakhir seri 2-2.

“Bagi saya satu mata yang dikutip lebih baik daripada Pahang membawa pulang tiga mata. Oleh itu kami perlu bekerja keras dan berusaha untuk mengutip mata maksiumum dengan tiga baki perlawanan.

“Diharapkan semua pemain mengekalka­n prestasi mereka terutama pemain muda yang mempamerka­n peningkata­n,” katanya.

Pada perlawanan itu, dua gol Felda United, masing-masing satu dijaringka­n oleh Nikola Raspopovic dan Akhmar Haiqal Azhar pada minit ke-37 dan 45.

Dua gol Pahang pula, dijaringka­n Muslim Ahmad dan Ivan Carlos minit ke-14 dan 78.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia