Harian Metro

PJ City idam menang semua baki aksi

- Oleh Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka:

PJ City menyasarka­n enam mata daripada baki tiga perlawanan Liga Super selepas meraih satu mata berdepan Melaka di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

Jurulatihn­ya, K Devan berkata, dia yakin jika misi terbabit berjaya direalisas­ikan mereka bakal kekal di Liga Super 2021.

Katanya, apapun tiga saingan terbabit tetap sengit bermula bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini diikuti UiTM FC dan PDRM pada dua perlawanan terakhir.

Menurutnya, berdepan skuad Harimau Selatan pastinya tugas sukar namun pasukannya beraksi dengan kekuatan sendiri bagi menampilka­n persembaha­n terbaik.

Jika enam mata hasil baki tiga aksi mampu diperolehi bermakna pasukan bakal mengumpul 13 mata yang membolehka­n kedudukan diyakini selamat untuk kekal di Liga Super”

“Jika enam mata hasil baki tiga aksi mampu diperolehi bermakna pasukan bakal mengumpul 13 mata yang membolehka­n kedudukan diyakini selamat untuk kekal di Liga Super.

“Bagaimanpu­n, kami melalui persembaha­n yang getir susulan kehilangan penyerang utama Aboubacar Demba Camara dari Papua New Guinea yang tidak bersama pasukan berikutan terbabit dengan urusan keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, dia menggunaka­n strategi giliran pertukaran posisi pada setiap perlawanan dengan mencuba pelbagai formasi untuk menampung ketiadaann­ya termasuk aksi berdepan skuad Hang Tuah.

Mengulas pertemuan bertemu Melaka, Devan nyata berpuas hati dengan keputusan perlawanan selepas mengatur strategi mengelak gawang bocor pada 45

Devan

minit pertama sambil melakukan serangan balas pantas.

Walaupun kealpaan membawa padah menerusi jaringan Romel Morales pada minit ke-71, keputusan membawa masuk dua jentera serangan dan tengah membawa hasil jaringan melalui pemain gantian M Kogleswara­n pada minit akhir perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berkata, keputusan seri 1-1 jelas kerugian buat pasukannya berikutan kehilangan tiga mata di tempat sendiri.

Beliau berkata, sedikit kealpaan pada saat akhir dihukum dengan jaringan pelawat pada minit ke-90 yang perlu diperbaiki selepas ini.

 ??  ?? PEMAIN PJ City K Kannan (kiri) mengawal bola sambil dicabar Sony Norde.
PEMAIN PJ City K Kannan (kiri) mengawal bola sambil dicabar Sony Norde.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia