Harian Metro

MAKSUD EMOJI HATI

Gambar berpakaian sedondon pada majlis pernikahan adik Neelofa jadi bualan warganet

- lapor Sudirman Mohd Tahir

Hubungan istimewa antara penceramah bebas, PU Riz dengan artis jelita Neelofa kembali diperkatak­an warga net selepas Instagram Story Noor Nabila memaparkan mereka berpakaian sedondon pada majlis perkahwina­n adik Neelofa, kelmarin. Biarpun hubungan mereka masih menjadi tanda tanya, emoji hati yang diletakkan pada video dimuat naik Noor Nabila itu seolah-olah memberi bayangan ada hubungan terjalin di antara PU Riz dan Neelofa,

Nama penceramah bebas, PU Riz kembali menjadi bualan warganet selepas video dimuat naik di Instagram Story Noor Nabila iaitu kakak kepada Neelofa yang memaparkan dirinya berpakaian sedondon dengan pengacara itu, semalam.

Malah, di laman Twitter, nama PU

Riz, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menjadi topik trending dan berada di kedudukan teratas.

PU Riz yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa berkata, dia tidak menjangka sama sekali perkara itu akan menarik perhatian umum.

Ditanya mengenai kehadirann­ya pada majlis pernikahan adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief, PU Riz berkata dia dijemput untuk membacakan doa.

“Saya dijemput oleh keluarga Neelofa untuk membacakan doa. Sekali gus hadir sebagai tetamu pihak lelaki. Jadi, saya memenuhi permintaan mereka untuk berpakaian warna sama,” katanya. Biarpun perhubunga­n di antara pasangan itu

masih menjadi tanda tanya, emoji hati yang diletakkan pada video yang dimuat naik Noor Nabila itu seolah-olah memberi bayangan ada hubungan yang terjalin antara PU Riz dan Neelofa.

Video itu juga dikongsika­n beberapa akaun di Instagram yang rata-rata teruja dengan hubungan rapat yang terjalin antara PU Riz bersama keluarga Neelofa. Sementara itu, adik kepada Neelofa yang dikenali sebagai Athisha Khan juga turut memberi bayangan sama. Athisha memuat naik status sebagai membalas status yang ditulis seorang pengguna laman sosial yang membayangk­an dirinya pula akan berkahwin selepas ini.

“Amiin. Not next but maybe after next,” tulis Atisha sambil meletakkan emoji monyet menutup mulut sebagai tanda rahsia. Terdahulu, dalam

laporan Harian Metro, PU Riz menjelaska­n hubunganny­a dengan Neelofa hanya atas dasar kerja semata-mata.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini dan konsisten dengan jawapan itu. Saya minta maaf kalau ada yang nakkan jawapan yang saya tak boleh bagi.

“Saya cuma cakap, saya dipanggil atas dasar kerja. Saya dah lama kenal Lofa dan program yang dibuat sebelum ini pun dapat perhatian media.

“Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik dan lain. Tidak ada soal hati atau perasaan antara kami seperti yang digembarge­mburkan sebelum ini,” katanya.

Saya dijemput oleh keluarga Neelofa untuk membacakan doa. Sekali gus hadir sebagai tetamu pihak lelaki”

PU Riz

Dalam masa sama, Neelofa dalam kenyataan Harian Metro sebelum ini mengakui sudah mengenali PU Riz hampir tiga tahun menerusi beberapa kerjasama yang dilakukan sebelum ini.

“Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa saya melantik Riz sebagai wajah dan jurucakap pertubuhan ini. Selain itu, ada juga ustaz dan ustazah yang bersama dengan saya.

“Bagaimanap­un, peranan Riz lebih kepada menjadi jurucakap bagi menerangka­n mengenai setiap aktiviti yang

berlangsun­g dalam pertubuhan ini.

“Jika melihat pertubuhan lain pun ada ramai ustaz serta pendakwah bebas yang menjadi jurucakap. Saya okey saja kalau orang melihat dia lebih ke depan,” katanya.

Hubungan pasangan ini dikatakan semakin rapat sejak Ramadan lalu apabila PU Riz sering menjadi imam solat Tarawih dan menyampaik­an tazkirah di kediaman Neelofa, sekali gus digosipkan sedang menjalin hubungan istimewa.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR PU Riz (tiga dari kiri) berpakaian sedondon dengan keluarga Neelofa yang menjadi bualan netizen.
GAMBAR PU Riz (tiga dari kiri) berpakaian sedondon dengan keluarga Neelofa yang menjadi bualan netizen.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia