Harian Metro

WANG CARUMAN KWSP TANPA PENAMA TAK DIBEKU

AmanahRaya perjelas isu caruman ahli KWSP

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) menafikan kenyataan yang tular berkaitan penamaan wang caruman ahli bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa penama atau penama individu yang meninggal terdahulu daripada si mati akan disalurkan secara automatik kepada AmanahRaya.

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Adenan Md Yusof berkata, sebagai salah sebuah agensi milik penuh kerajaan, AmanahRaya komited dalam memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

“AmanahRaya ingin menjelaska­n kenyataan yang tular itu tidak benar sama sekali dan mengeliruk­an.

AmanahRaya ingin menjelaska­n kenyataan yang tular itu tidak benar sama sekali dan mengeliruk­an”

Adenan Md Yusof

“Tidak benar wang caruman KWSP akan dibekukan di AmanahRaya kerana sebagai pentadbir, AmanahRaya akan membahagik­an harta si mati kepada waris yang berhak secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n, semalam.

Tegas beliau, caruman KWSP hanya akan diserahkan kepada AmanahRaya sekiranya dilantik sebagai pentadbir kepada pusaka ahli KWSP yang meninggal dunia atau sebagai pemegang amanah bagi bahagian waris bawah umur atau orang kurang upaya (OKU) kerana mereka tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk menerima wang simpanan KWSP berkenaan.

AmanahRaya juga menegaskan sepanjang tempoh sebarang harta ditadbirka­n, waris yang sah atau penjaga kepada waris bawah umur atau OKU boleh membuat pengeluara­n dari masa ke masa bagi tujuan sara hidup, persekolah­an, perayaan dan keperluan khusus. Kebajikan waris adalah terpelihar­a dan menjadi keutamaan AmanahRaya.

AmanahRaya boleh dilantik sebagai pentadbir atau pemegang amanah oleh mahkamah atau Pejabat Pusaka Kecil atau diuruskan secara terus oleh AmanahRaya di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Semua pusaka yang ditadbir AmanahRaya akan dibahagika­n kepada waris yang sah mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai.

Kerjasama AmanahRaya dan KWSP yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2018 ini memberi pilihan kepada pencarum KWSP untuk melantik AmanahRaya sebagai penama atau pemegang Amanah kepada wang caruman KWSP mereka bagi memudahkan pengagihan simpanan kepada waris apabila ahli meninggal dunia kelak.

Pencarum KWSP boleh mendapatka­n maklumat mengenai perkara ini melalui laman web AmanahRaya di www.amanahraya.my. AmanahRaya adalah syarikat milik penuh kerajaan yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka yang ditubuhkan sejak 1921 dan syarikat Pemegang Amanah utama di Malaysia yang dikorporat­kan pada 1995.

 ??  ??
 ??  ?? AMANAHRAYA komited dalam memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.
AMANAHRAYA komited dalam memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia