Harian Metro

‘Rasul Melayu’ kembali aktif

Abdul Kahar ditahan bersama pengikut sebar ajaran sesat melalui kumpulan WhatsApp

- Oleh Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my

‘R asul Melayu’ yang kembali aktif menyebarka­n ajaran diharamkan pada 1991 ditahan bersama 16 pengikutny­a oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di tiga lokasi berbeza, malam kelmarin.

Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Rasul Melayu atau nama sebenarnya Abdul Kahar Ahmad kembali ditahan di sebuah rumah di Kemensah, Ulu Klang selepas empat tahun dibebaskan.

“Dia bersama 16 pengikutny­a yang berumur antara 14 hingga 70 tahun ditahan di tiga rumah di Kemensah di Ulu Klang, Sungai Long, Kajang dan Keramat, Kuala Lumpur dalam Operasi Khas Penguatkua­saan Jais ke atas kumpulan itu.

“Penahanan itu susulan risikan dan maklumat orang awam yang banyak membantu menyalurka­n maklumat sejak beberapa bulan lalu sehingga Jais berjaya menahannya malam tadi (kelmarin).

“Dia dipercayai mengamalka­n Ajaran Haji Kahar bin Ahmad yang difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor,” katanya pada sidang media di Majlis Mesra Media 2020 di SACC di sini, semalam.

Mohd Shahzihan berkata, melalui risikan dan maklumat awam yang diterima oleh Jais, ajaran berkenaan dipercayai kembali aktif dengan modus operandi (MO) baharu.

“MO mereka ialah berinterak­si dengan pengikut di seluruh negara, ada kumpulan WhatsApp dan kumpulan Facebook, aktif beri pandangan dan sebarkan ajarannya,” katanya.

Beliau berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Doktrin Palsu), Seksyen 8, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Dakwaan Palsu) dan Seksyen 12(c), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Menghina Pihak Berkuasa Agama).

“Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 13, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Pendapat yang Bertentang­an Dengan Fatwa), Seksyen 16, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Penerbitan Agama Yang Bertentang­an Dengan Hukum Syarak) dan Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Percubaan).

“Dalam operasi itu, Jais turut menyita buku, telefon bimbit, komputer riba, al-Quran terjemahan dan risalah berkaitan ajaran,” katanya.

Menurutnya, mereka yang ditahan membabitka­n sembilan lelaki dan lapan wanita dibawa ke Ibu Pejabat Jais untuk siasatan lanjut.

“Dalam group WhatsApp itu, ada 97 orang, yang ditahan 17, jadi Jais sedang mengesan saki-baki ahli kumpulan ajaran sesat ini.

“Jais juga sedang menyiasat, memperhalu­si dan memperinci­kan 17 lagi kumpulan ajaran sesat termasuk beberapa ajaran sesat yang baharu,” katanya.

Pada Oktober 2009, Mahkamah Tinggi Syariah memerintah­kan Abdul Kahar dipenjara 10 tahun, didenda RM16,500 dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat sebelum dia dibebaskan pada Mei 2016.

Antara penyelewen­gan ajarannya ialah mendakwa Tuhan melantikny­a menjadi Rasul Melayu menerusi surah Yasin, sembahyang lima waktu adalah tidak wajib, tidak percaya al-Quran yang ada sekarang sebagai al-Quran sebenar dan orang Islam tidak perlu mengerjaka­n haji ke Makkah sebaliknya ibadah haji boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

 ??  ?? ABDUL Kahar ditahan bersama 16 pengikutny­a oleh Jais di tiga lokasi berbeza, semalam.
ABDUL Kahar ditahan bersama 16 pengikutny­a oleh Jais di tiga lokasi berbeza, semalam.
 ??  ?? ANTARA barang rampasan ketika serbuan ke rumah pengikut Abdul Kahar.
ANTARA barang rampasan ketika serbuan ke rumah pengikut Abdul Kahar.
 ??  ?? MOHD Shahzihan
MOHD Shahzihan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia