Harian Metro

Tolak ahli politik jejas pelan pulih ekonomi negara

-

Kuala Lumpur: “Tolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja menjejaska­n kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara.”

Itu kenyataan ringkas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diselitkan ketika berucap pada Perutusan Khas Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung, semalam.

Perutusan itu sempena pengumuman beberapa inisiatif tambahan kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi impak Covid-19, yang berlangsun­g lebih dua jam selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumka­n beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Seperti tidak terkesan dengan pengumuman itu, Muhyiddin kelihatan tenang ketika menyampaik­an perutusann­ya yang memfokus kepada

Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin.

Namun sebelum mengakhiri ucapan itu, beliau menyelitka­n pesanan buat rakyat supaya tidak terganggu dengan situasi politik semasa.

“Saya ingin mengajak saudara dan saudari sekalian supaya bersama saya dan rakan dalam kerajaan Perikatan

Nasional (PN) untuk mengemudi negara dalam keadaan kita masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.

“Pengumuman saya buat pada hari ini (semalam) menandakan Kerajaan PN mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian. Kita cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat menghadapi detik yang sukar ini.

“Apa yang perlu ialah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan dan dokongan saudara dan saudari sekalian. Ini penting supaya lebih banyak inisiatif untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat jelata dapat dilaksanak­an dengan berkesan oleh kerajaan.

“Insya-Allah, kita boleh melakar masa depan yang lebih baik daripada semalam. Saya yakin dan percaya kepada kekuatan semangat kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau mengajak seluruh rakyat bersatu dan berdoa untuk kesejahter­aan negara serta berharap pakej Kita Prihatin memberi manfaat besar kepada semua pihak.

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter berkata, tiada apa yang tumbang atau jatuh.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” ciapnya.

 ??  ?? DUA wanita menonton siaran langsung pengumuman inisiatif Kita Prihatin oleh PM di telefon pintar.
DUA wanita menonton siaran langsung pengumuman inisiatif Kita Prihatin oleh PM di telefon pintar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia