Harian Metro

Petugas khas kemas kini rekod

-

Kuala Lumpur: Satu pasukan petugas khas ditubuhkan untuk memastikan maklumat rekod peribadi, profil perkhidmat­an dan data perjawatan setiap pegawai polis, dikemas kini serta berintegri­ti.

Ketua Polis Negara, Tan

Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan petugas khas berkenaan adalah bagi melicinkan proses pengemaski­nian Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), selain mengelakka­n pegawai atau anggota polis terbabit salah laku dan salah guna kuasa.

“Saya berharap pasukan petugas khas itu akan mengangkat HRMIS sebagai satu platform pengurusan sumber manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbaik,” katanya sempena perhimpuna­n bulanan semua jabatan peringkat

Bukit Aman, di sini, semalam.

Abdul Hamid berkata, setiap warga PDRM perlu bertanggun­gjawab mengemas kini data peribadi masing-masing dalam sistem HRMIS.

“Tidak dapat dinafikan bahawa pengemaski­nian dan kesahihan maklumat HRMIS masih menjadi isu dalam pengurusan sumber manusia PDRM, sehingga boleh menjejaska­n pengurusan kerjaya dan pembayaran emolumen pegawai,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah

Sani berkata, Bukit Aman akan memantau dan mengambil tindakan bagi memastikan setiap pegawai atau anggota polis mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Arahan pentadbira­n yang melarang salah guna aset sumber kerajaan dan jabatan untuk kepentinga­n peribadi telah dikeluarka­n, jika kita ada terima aduan kita siasat dan ambil tindakan sewajarnya.

“Selain itu, saya juga sudah beri peringatan kepada semua Pesuruhjay­a Polis dan Ketua Polis Negeri, untuk memastikan setiap anggota dan kakitangan awam di tempat kerja masing-masing tidak salah guna aset kerajaan,” katanya mengulas tindakan beberapa pegawai polis menggunaka­n anggota bawahan untuk urusan peribadi dan salah guna aset kerajaan.

Sebelum ini, media melaporkan ada pegawai dan anggota polis yang didapati menggunaka­n aset kerajaan seperti kenderaan milik PDRM bagi kepentinga­n peribadi, diambil tindakan termasuk tidak layak dipertimba­ngkan kenaikan pangkat. - Bernama

 ??  ?? ABDUL Hamid (tengah) bersama penerima Anugerah Integriti PDRM 2020 pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman di Bukit Aman, semalam.
ABDUL Hamid (tengah) bersama penerima Anugerah Integriti PDRM 2020 pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman di Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia