Harian Metro

Lelaki ditahan bawa 15 kilogram syabu

Suspek bersama dadah RM600,000 dicekup di lapangan terbang

- Oleh Hazsyah Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Seorang lelaki ditahan bersama 15 kilogram syabu ketika melalui pemeriksaa­n Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebaik tiba di Lapangan Terbang Lahad Datu, 13 September lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang. Menurutnya, pihaknya berjaya mengesan cubaan suspek menyeludup dadah berkenaan berdasarka­n analisis data.

“Maklumat adalah hasil analisis dan suspek ini dikesan secara manual oleh anggota kastam di lapangan terbang.

“Sebaik tiba di lapangan terbang, anggota terus menahan suspek dan selepas memeriksa beg bagasi dibawa lelaki itu menemukan 15.2 kilogram syabu dianggarka­n RM600,000.

“Dadah itu dipercayai untuk pasaran di daerah Lahad Datu dan daerah sekitarnya,” katanya dalam satu sidang media di Sandakan, semalam.

Menurutnya, suspek menaiki penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabay lalu menaiki penerbanga­n lagi ke Lahad Datu.

“Susulan itu, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sekiranya disabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman mandatori iaitu hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sejak Januari hingga Ogos tahun ini pihaknya berjaya merampas sebanyak 82.87 kilogram syabu dan ia dianggarka­n bernilai RM3.56 juta.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 26.4 kilogram ganja bernilai RM547,898 turut dirampas.

“Manakala, bagi rampasan biji ganja, ketum dan ketamin pula sebanyak RM43,360,” katanya.

Menurutnya, setakat ini juga 10 individu berjaya dituduh di mahkamah membabitka­n kes dadah.

 ??  ?? ABDULLAH (tiga dari kanan ) menunjukka­n sebahagian dadah yang dirampas.
ABDULLAH (tiga dari kanan ) menunjukka­n sebahagian dadah yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia