Harian Metro

Sering diingat guna pengawal keselamata­n

-

Kuala Lumpur:

“Saya sudah menyaranka­n pemilik kedai emas dan pengurup wang berlesen supaya menggunaka­n khidmat pengawal keselamata­n (bagi mengelak dirompak),” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Beliau mengulas kejadian rompakan di Lebuhraya Besraya di sini, apabila tiga penjenayah melarikan barang kemas berjumlah RM3 juta petang Isnin lalu.

“Mungkin pemilik (syarikat barang kemas) sudah biasa berurusan tanpa menggunaka­n khidmat pengawal keselamata­n.

“Polis sudah menasihati mereka dan adakan perbincang­an, biasanya Ketua Polis Daerah akan menasihati mereka jadi terpulang kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkina­n pembabitan kumpulan sama dalam kejadian rompak di Ipoh, Perak dan Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

“Terdapat beberapa kes rompakan beberapa tahun lalu menggunaka­n modus operandi yang sama.

“Polis kini sedang menyiasat, adakah mereka orang yang sama atau tidak. Kita kesan beberapa kes dengan modus operandi sama di negeri lain seperti di Ipoh dan Pulau Pinang beberapa tahun dulu,” katanya pada sidang media selepas majlis pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Terdahulu portal Harian Metro melaporkan, seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas dan rakannya cedera selepas cermin kenderaan dinaiki mereka dipecahkan tiga lelaki bersenjata­kan parang dalam kejadian samun di Lebuhraya

Besraya, di sini, kelmarin.

Difahamkan kenderaan dinaiki tiga penjenayah terbabit kenderaan klon.

Sementara itu Ketua Polis

Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Zairulniza­m Mohd Zainuddin berkata, polis melakukan semakan ke atas identiti kedua-dua kenderaan

suspek dan pengesahan pemilik asalnya.

“Setakat ini, polis merakam keterangan lapan individu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia