Harian Metro

Rambut ‘bergerak’ dalam tapak kaki

Pengalaman pelik dialami doktor sepanjang 12 tahun sebagai pengamal perubatan

- Oleh Rosman Shamsudin am@hmetro.com.my

Seorang doktor mengalami pengalaman pelik sepanjang karier beliau selama 12 tahun apabila terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluark­an sehelai rambut pada tapak kaki seorang kanak-kanak.

Pengasas Perkhidmat­an Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE), Dr Hanafi Yahya berkata, pada 11 September lalu, beliau didatangi satu keluarga dari Sungai Siput, Perak bersama kanak-kanak berusia lapan tahun untuk menerima rawatan.

Katanya, kejadian itu dikatakan berlaku kepada kanak-kanak

Saya dimaklumka­n rambut yang ada pada tapak kaki kanak-kanak itu boleh bergerak menyebabka­n saya pelik memikirkan bagaimana sehelai rambut yang lembut dan halus boleh masuk ke dalam tapak kakinya”

Dr Hanafi Yahya

terbabit bermula pada malam pertama mereka sekeluarga berpindah ke rumah baharu.

“Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu sakit pada tapak kaki kanan menyebabka­n ibu bapanya datang ke klinik bagi mendapatka­n rawatan.

“Saya dimaklumka­n rambut yang ada pada tapak kaki kanak-kanak itu boleh bergerak menyebabka­n saya pelik memikirkan bagaimana sehelai rambut yang lembut dan halus boleh masuk ke dalam tapak kakinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Hanafi berkata, untuk mengeluark­an sehelai rambut pada tapak kaki itu, beliau terpaksa melakukan pembedahan kecil selama kira-kira 15 minit bagi mengeluark­an rambut sepanjang 1.5 sentimeter.

“Ini pengalaman pertama dan pelik saya hadapi sepanjang karier apabila terpaksa mengeluark­an sehelai rambut dalam tapak kaki manusia.

“Syukur, selepas rambut itu dikeluarka­n, kanak-kanak berkenaan dapat menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, hingga sekarang beliau masih teringat dan tertanya-tanya bagi mencari jawapan mengenai kejadian itu dan baginya apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan.

 ??  ?? SEHELAI rambut sepanjang 1.5 sentimeter berjaya dikeluarka­n daripada tapak kaki seorang kanak-kanak.
SEHELAI rambut sepanjang 1.5 sentimeter berjaya dikeluarka­n daripada tapak kaki seorang kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia