Harian Metro

Bot nelayan Vietnam cuba lari dari APMM karam

-

Sebuah bot nelayan Vietnam mengalami kebocoran sebelum karam ketika cuba melarikan diri daripada ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalanka­n Op Kuda Laut di kedudukan 94 batu nautika dari pantai Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, sebelum kejadian, bot terbabit bersama sebuah lagi bot nelayan negara sama dikatakan sedang menjarah ikan di lokasi berkenaan menggunaka­n kaedah tunda ganding (tunda dua bot) pada jam 9 pagi.

Beliau berkata, apabila menyedari kehadiran Kapal

Maritim (KM) Langkawi yang sedang melakukan rondaan di lokasi berkenaan, nelayan terbabit segera memutuskan tali pukat sebelum melarikan diri ke arah sempadan perairan negara.

“Berikutan kelajuan melebihi had, berlaku kebocoran pada kedua-dua bot terbabit dan sebuah daripadany­a yang dipercayai menyimpan hasil tangkapan mengalami kebocoran serius dan tenggelam.

“Selain itu, sebuah lagi bot berjaya diselamatk­an sebelum dibawa balik ke jeti APMM di Pulau Kambing, di sini yang memakan masa lebih 38 jam.

“Kita mengambil masa hampir satu jam mengejar bot berkenaan sebelum bot yang mengalami kebocoran serius itu berhenti secara tiba-tiba sebelum karam dan semua kru termasuk tekong bot terbabit dipindahka­n ke sebuah lagi bot yang berjaya ditahan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, bot bersama 14 kru berumur 21 hingga 52 tahun ditahan kerana tiada lesen dan dokumen pengenalan diri serta tiada kebenaran melakukan aktiviti penangkapa­n ikan di perairan Malaysia.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong dan kru tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, semua tahanan menjalani proses ujian saringan Covid-19 oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk siasatan

lanjut.

Menurutnya, menerusi Op Kuda Laut, pihaknya sudah menahan 45 bot nelayan Vietnam membabitka­n tangkapan 558 kru dan tekong.

“Setakat ini, 66 bot nelayan Vietnam ditempatka­n di Jeti APMM Terengganu dan Kemaman dan 14 daripada bot terbabit sudah dilucutkan hak serta hanya menunggu untuk dilupuskan manakala selebihnya masih dalam proses mahkamah.

“Kami tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak terutama nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut tanpa kebenaran yang mengakibat­kan kerugian pada negara,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Suffi (kiri) menunjukka­n deretan bot nelayan Vietnam yang ditahan di Jeti APMM Terengganu.
MUHAMMAD Suffi (kiri) menunjukka­n deretan bot nelayan Vietnam yang ditahan di Jeti APMM Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia