Harian Metro

GPS nafi beri sokongan kepada Anwar

-

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan sebarang kaitan dengan PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Persekutua­n yang baharu.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, gabungan empat parti Sarawak itu masih kekal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepemimpin­an Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, GPS berpegang teguh kepada prinsip perlunya sebuah Kerajaan Persekutua­n yang stabil demi kebaikan rakyat dan ekonomi negara.

“Ketika negara sedang berperang dengan penularan wabak Covid-19 dan fokus sepenuhnya ditumpukan dalam memulihkan ekonomi rakyat dan negara.

“Kepentinga­n rakyat dan negara pada ketika kita sedang menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19 yang meragut ribuan nyawa di seluruh dunia, perlu diberi keutamaan,” katanya dalam kenyataan, semalam. Alexander berkata, GPS dianggotai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif

Sarawak (PDP) mengulangi pendirian bahawa mereka menolak sekeras-kerasnya PKR yang bersekutu dengan pihak tidak bertanggun­gjawab dan angkuh melemparka­n tuduhan bahawa Sarawak akan bankrap di bawah kepemimpin­an GPS.

“Sebagai seorang ahli politik veteran dan berpengala­man, Anwar seharusnya menghentik­an sebarang cubaan untuk mewujudkan ketidaksta­bilan di dalam negara yang hanya akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan ekonomi. “Anwar harus menghentik­an permainan politik tidak matang demi mencapai kepentinga­n dan cita-cita peribadi,” katanya.

 ??  ?? ALEXANDER
ALEXANDER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia