Harian Metro

Anwar bikin gimik politik

Pengumuman Presiden PKR tubuh kerajaan baharu untuk alih tumpuan PRN Sabah

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Pertukaran kerajaan sekarang hanya boleh berlaku dalam dua keadaan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri atau berlaku pembubaran Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Oleh itu penganalis­is politik berpendapa­t, pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya gimik politik untuk mengalihka­n tumpuan khususnya kepada pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu ini.

Bagi Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed, pembubaran Parlimen pula hanya berlaku sekiranya Muhyiddin menghadap Agong memohon perkenan untuk berbuat demikian.

Katanya, kejutan politik kali ini berbeza dengan pensejajar­an semula kerajaan yang berlaku pada Mac lalu apabila Tun Dr

‘Semuanya tertakluk kepada budi bicara Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah untuk membuat keputusan yang terbaik pada hemat baginda”

Dr Ahmad Marthada

Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kerana tiada sokongan pada waktu itu.

“Yang ini, kita ada kerajaan yang memerintah. Tidak sama dengan sokongan melalui akuan bersumpah seperti dulu.

“Beliau (Anwar) juga tidak boleh mengumumka­n kerajaan jatuh kerana mendakwa mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup, majoriti yang kukuh kerana ia tetap hanya dakwaannya.

“Sebaliknya, Muhyiddin yang perlu menghadap dan memaklumka­n sama ada letak jawatan atau pun mohon bubar Parlimen.

“Semuanya tertakluk kepada budi bicara Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah untuk membuat keputusan yang terbaik pada hemat baginda,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumka­n beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk menghadap Agong.

Ia menjadi kejutan politik terbaharu negara selepas episod pensejajar­an semula kerajaan pada Mac lalu selepas peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia