Harian Metro

Sahabat contoh ikutan iman

Sangat penting untuk kita hari ini, memesrakan kembali kehidupan kita dengan kehidupan sahabat Rasulullah SAW

-

I“Berimanlah kamu sebagaiman­a orang itu telah beriman!”

man ialah tuntutan Allah SWT kepada kita. Malah iman adalah segala-galanya. Tanpa iman, jangankan untuk memasuki syurga, malah untuk mencium harum syurga sahaja pun tidak akan dapat. Sedangkan wangi syurga itu tersebar harumnya sehingga 500 tahun perjalanan. Kita perlulah faham perkara ini sejelas-jelasnya. Seterang sinar matahari pada siang hari.

Allah SWT dengan rahmat-Nya yang amat luas, bukan sahaja memerintah­kan kita agar beriman, bahkan Allah SWT mewujudkan sekelompok insan pilihan sebagai contoh ikutan dalam keimanan kita. Kita perlu sedar, kita ini bukan lagi umat akhir zaman, bahkan kita adalah umat hujung akhir zaman.

Selain golongan Rasul dan Nabi yang maksum, ada sekelompok lagi insan pilihan yang dijadikan tanda aras oleh Allah untuk kita semua. Allah tidak meninggalk­an kita terpinga-pinga untuk mengetahui bagaimanak­ah caranya untuk kita beriman kepada Allah? Apakah sifat dan kriteriany­a? Macam mana contoh praktikaln­ya? Semuanya sudah disediakan oleh Allah.

Allah SWT sendiri merakamkan di dalam al-Quran usaha dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW. Antaranya melalui firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Berimanlah kamu sebagaiman­a orang itu telah beriman.’” (Surah al-Baqarah, ayat 13) Ayat ini adalah sebahagian daripada ayat-ayat yang menceritak­an bagaimana Rasulullah SAW berbicara dengan kaum baginda. Dialog dan seruan yang terjadi antara mereka. Rumpunan ayat ini menunjukka­n Rasulullah SAW berdakwah secara langsung dengan umat baginda. Inilah sunnah dalam mendakwahk­an agama. Setiap lorong sudah baginda selusuri. Setiap pintu rumah diketuk. Mata bertemu mata. Dari hati menuju ke hati.

Imam at-Tabari memberikan komentar mengenai ayat ini dengan memetik pendapat Ad-Dahhak yang mengambiln­ya daripada Ibnu Abbas RA, bahawa yang dimaksudka­n dengan ‘orang itu’ dalam ayat ini ialah sahabat (radhiyalla­hu ‘anhum). Imam asy-Syaukani pula menyimpulk­an anjuran beriman sebagai mana ‘orang-orang itu’ beriman merujuk kepada golongan sahabat daripada kalangan Muhajirin dan Ansar.

Maka jelaslah di sini, sahabat dijadikan contoh dalam keimanan dan kehidupan yang dipenuhi dengan cahaya iman. Malah Allah SWT memuji dan mengisytih­arkan keredaan-Nya terhadap sahabat. Biarpun mereka bukan maksum, tetapi mereka adalah kelompok insan pilihan yang berjaya membuatkan Allah SWT ‘jatuh hati’ dengan mereka.

Allah SWT memuji mereka serta memerintah­kan orang selepas mereka agar mengikuti sahabat ini: “Orang yang terdahulu lagi yang paling awal (masuk Islam) daripada golongan Muhajirin dan Ansar dan orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediaka­n bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, ayat 100)

Jelas melalui ayat ini, jalan paling pantas dan mudah untuk kita mencapai reda Allah ialah melalui ittibaa’ (menuruti dan mengikuti jejak) sahabat. Di dalam Kitab Tafsir

Bayanul-Quran dinyatakan ‘orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik’ itu masih terbuka hingga ke hari kiamat.

Oleh yang demikian, cara yang paling bijak untuk kita mulakan usaha kita ke atas iman ialah berkenalan dengan lebih rapat dengan sahabat. Apabila golongan akhir umat ini memisahkan diri mereka daripada golongan sahabat yang kita diperintah­kan untuk mengikuti mereka, maka kehinaan demi kehinaan mula menimpa umat ini. Kemuliaan keimanan akan kembali kepada kita, hanya apabila kita kembali mendamping­i peribadi hebat sahabat.

Berbicara mengenai sahabat bukan sekadar bercakap tentang sejarah atau sekadar berkenaan apa yang sudah berlalu. Bahkan, ia adalah satu perbicaraa­n yang masih sangat relevan dengan keperluan kita pada hari ini. Malah sangat penting dalam usaha kita membina kehidupan akhirat kita kerana sahabat adalah sekelompok insan yang Allah sendiri secara terang-terangan menyatakan keredaan-Nya kepada mereka.

Imam Malik pernah mengatakan: “Sesekali tidak dapat diperbaiki generasi kemudian umat ini melainkan dengan apa yang sudah memperbaik­i dengannya generasi awal mereka.” Maka yang dikatakan generasi awal ini sudah tentu sahabat Rasulullah SAW .

Oleh itu, sangat penting untuk kita hari ini, memesrakan kembali kehidupan kita ini dengan kehidupan sahabat Rasulullah SAW.

Penulis Pengerusi Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI), Wilayah Persekutua­n Putrajaya

 ??  ?? SAHABAT Rasulullah SAW adalah sekelompok insan yang Allah sendiri secara terang-terangan menyatakan keredaan-Nya.
SAHABAT Rasulullah SAW adalah sekelompok insan yang Allah sendiri secara terang-terangan menyatakan keredaan-Nya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia