Harian Metro

Tiga calon kena kuarantin

Jalani ujian ditetapkan KKM selepas didapati kontak rapat pemimpin Umno positif Covid-19

- Oleh Yun Mikail am@hmetro.com.my

Tiga calon bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjalani kuarantin 14 hari berikutan menjadi kontak kepada seorang pemimpin Umno yang disahkan positif Covid-19.

Mereka adalah dua calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamarlin Ombi yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan dan Sani Miasin untuk Dun Sindumin serta calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Dun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.

Kamarlin ketika dihubungi berkata, beliau mengesahka­n sedang menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, beliau ada menemui Ahli Majlis Tertinggi

Umno, Mohd Razlan Rafii ketika Hari Penamaan Calon di Sipitang pada 12 September lalu.

“Saya terkejut apabila dimaklumka­n beliau disahkan positif Covid-19 dan sebagai salah seorang individu yang baru bertemu dengannya, saya mengambil pendekatan untuk membuat ujian swab.

“Selain berjaga-jaga, ujian diambil untuk menghormat­i prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanap­un, keputusan ujian berkenaan belum diketahui ketika ini,” katanya memaklumka­n membuat ujian swab semalam.

Mengulas lanjut, Kamarlin berkata beliau tidak mengalami sebarang simptom dan masalah kesihatan ketika ini.

Dalam pada itu, Yusof ketika dihubungi turut menyatakan kini dalam proses kuarantin bagi tempoh 14 hari.

“Saya sudah mengikuti semua SOP disarankan kerajaan selepas mengetahui berita mengenai Mohd Razlan disahkan positif.

“Selaku pemimpin, kita mesti menunjukka­n imej serta contoh yang baik selain perlu mengikuti peraturan dan berintergr­iti,” katanya menjalani ujian swab, Isnin lalu.

 ??  ?? SANI
DR Yusof
KAMARLIN
SANI DR Yusof KAMARLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia