Harian Metro

Rodok laut kebas gamat

Nelayan Vietnam curi 250kg hasil laut ditahan

- Oleh Nor Amalina Alias am@hmetro.com.my

Tidak cukup dengan mengaut hasil ikan dan sotong, nelayan Vietnam semakin melampau apabila merodok dasar laut negara untuk mengaut gamat bagi mendapatka­n pulangan lumayan.

Tindakan itu dikesan apabila Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan asing terbabit pada 10.15 pagi kelmarin.

Bot nelayan tanpa nombor pendaftara­n itu ditahan pada jarak 54.2 batu nautika daripada muara Tok Bali ketika APMM melaksanak­an operasi Op Kuda Laut.

Pengarah APMM Negeri Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, nelayan asing itu menggunaka­n tangguk besi seperti jentera menggembur tanah untuk merodok permukaan laut negara bagi mengeluark­an gamat.

Katanya, penggunaan peralatan besi itu menyebabka­n kemusnahan marin termasuk batu karang.

“Dalam operasi semalam, kami temui 250 kilogram gamat basah dinaikkan nelayan asing dengan kaedah rodok itu dan sekiranya dikeringka­n harga pasaran sekilogram gamat boleh mencecah RM300 hingga RM1,000 bergantung pada saiz dan lokasi pasaran.

“Keuntungan tinggi ini menyebabka­n nelayan asing mengejar gamat, malah mereka dikesan mengambil gamat bermutu tinggi seperti spesies Holothuria Scabra yang dipercayai lebih berkhasiat dan tinggi nilai jualan,” katanya.

Nur Syam berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan lima nelayan Vietnam tanpa pengenalan diri berusia 40 hingga 49 tahun termasuk tekong bot.

Beliau berkata, pihaknya merampas gamat, diesel dan peralatan menangguk bernilai RM300,000 yang menjadi tangkapan ke-49 menerusi Op Kuda Laut.

Menurutnya, jumlah tahanan sehingga kini 544 dengan majoriti adalah nelayan Vietnam.

“Kami mengesan beberapa faktor menyebabka­n bot gamat nelayan asing semakin aktif di perairan Kelantan antaranya kes tumpahan toksik di Wilayah Ha Tinh pada 2016 menjejaska­n 190 kilometer penduduk pesisir Vietnam dan aktiviti tangkapan gamat di sana,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APMM menunjukka­n gamat yang dirampas dari bot nelayan Vietnam, kelmarin.
ANGGOTA APMM menunjukka­n gamat yang dirampas dari bot nelayan Vietnam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia