Harian Metro

Bomba ‘mandikan’ 53 kerbau Mowgli

-

Kuala Terengganu: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu membantu membasahka­n 53 kerbau milik keluarga Muhammad Syukur Khamis, 15, yang dikuaranti­n susulan penyakit hawar berdarah (HS) setiap dua hari sekali sehingga 30 September ini.

Anggota terbabit menjalanka­n operasi membasahka­n kerbau milik keluarga Muhammad Syukur atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ itu seawal jam 10 hingga 11 pagi menggunaka­n 3,600 liter air bagi setiap sesi.

Ketua BBP Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba II Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya terpanggil untuk meneruskan bantuan Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) itu apabila mengenangk­an kesulitan penternak untuk membasahka­n haiwan dikuaranti­n itu.

“Berikutan cuaca panas sekarang, semua kerbau dikuaranti­n itu perlu dibasahkan bagi mengelakka­n ia mengalami tekanan.

“Hal itu menyebabka­n penternak termasuk Muhammad Syukur terpaksa membasahka­n ternakan menggunaka­n pam air dan menyebabka­n mereka terbeban.

“Oleh itu, kami harap bantuan diberikan BBP Kuala Terengganu akan meringanka­n beban dan tugasan mereka di kandang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Syukur berkata, dia berterima kasih kepada BBP Kuala Terengganu kerana membantuny­a dan keluarga membasahka­n kerbau yang dikuaranti­n itu.

“Saya berharap baki kerbau dimiliki itu berjaya diselamatk­an dan pulih sepenuhnya daripada penyakit HS.

“Saya tidak sanggup lagi melihat kerbau mati kerana penyakit itu, jadi amat berharap wabak HS berjaya dikawal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia