Harian Metro

‘Tuduhan buat kami serik’

Saksi ‘pesawat terhempas’ terkilan dikecam khayal, diarah buat ujian saringan air kencing

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

‘Saya bimbang jika saksi kejadian dikecam begini, pada masa akan datang tiada lagi orang awam yang mahu tampil beri maklumat”

Pak Long

“Memang ada rasa kesal dan terkilan kerana dituduh mengambil bahan terlarang ketika melihat kejadian pesawat ringan terhempas, Ahad lalu.

“Niat kami ikhlas mahu memberi maklumat mengenai kejadian, namun apabila dituduh khayal, membuatkan kami serik dan trauma.”

Demikian luahan nelayan yang mahu dikenali sebagai Pak Long, 39, antara tiga penduduk yang mendakwa menyaksika­n kejadian pesawat ringan dilaporkan terhempas di laut berhampira­n Tanjung Bunga, di sini.

Pesawat dikatakan itu bagaimanap­un gagal dikesan pihak berkuasa yang menjalanka­n operasi menyelamat dan mencari (SAR).

Pak Long yang sudah menjadi nelayan sejak 20 tahun lalu berkata, ketika kejadian, dia bersama anak saudaranya berusia 35 tahun berada berhampira­n pantai selepas pulang daripada menangkap ikan.

Katanya, kira-kira jam 2 petang ketika air laut pasang, anak saudaranya memanggiln­ya dan menunjukka­n objek seperti pesawat berpusing membentuk bulatan di udara sebelum mendarat di atas air.

“Pesawat itu seperti milik peribadi, mendarat di atas air sebelum meluncur dan seketika kemudian mengeluark­an asap hitam serta belon di bahagian ekor.

“Hampir 10 minit kami melihat kejadian itu bersama seorang lagi nelayan dan kemudian objek itu hilang, mungkin tenggelam ke dalam laut.

“Saya fikir mungkin ia hanyalah sekadar latihan kecemasan dan belon terbabit mungkin payung terjun yang digunakan bagi menyelamat­kan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tanpa memikirkan perkara itu, Pak Long dan anak saudaranya pulang ke rumah masing-masing sebelum dia diberitahu isterinya ada polis dan agensi penyelamat berada di kawasan pantai.

Mereka bergegas semula ke kawasan berkenaan dan dimaklumka­n oleh orang ramai mengenai laporan pesawat ringan terhempas.

“Saya difahamkan laporan polis dibuat berhubung kejadian itu dan saya juga mengaku melihatnya sebelum diminta ke balai polis bagi memberi maklumat.

“Niat kami hanya mahu membantu pihak berkuasa melakukan kerja SAR selain menjadi tanggungja­wab sebagai saksi kejadian.

“Namun tidak sangka pula orang ramai menuduh kami dengan kata yang tidak berasas, justeru kami mohon supaya hentikan tindakan itu,” katanya.

Dia bersama dua saksi lagi sudah melakukan ujian saringan air kencing ketika memberi maklumat di balai polis dan didapati negatif daripada pengambila­n bahan terlarang.

Mengulas lanjut, Pak Long berkata, sehari selepas kejadian, dia turut mengambil inisiatif ke lokasi berkenaan dengan menaiki bot dan menahan pukat di situ kira-kira jam 7 pagi namun pukatnya tidak tersangkut dengan mana-mana objek di dasar laut dan dia hanya berserah kepada tindakan lanjut pihak berkuasa.

“Memang ada pemberita cari saya selepas itu, cuma saya sendiri enggan berjumpa kerana serik dan trauma apabila berita ini tular.

“Saya bimbang jika saksi kejadian dikecam begini, pada masa akan datang tiada lagi orang awam yang mahu tampil beri maklumat,” katanya.

Pada 20 September lalu, polis bersama beberapa agensi melakukan SAR di kawasan perairan berhampira­n Tanjung Bunga selepas menerima laporan kejadian sebuah pesawat terhempas.

Namun pihak berkenaan tidak menemui sebarang petunjuk dan SAR dihentikan jam 7 malam pada hari sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisionee­r Soffian Santong, daripada 10 orang, hanya tiga daripadany­a mendakwa melihat kejadian itu dan polis meneruskan siasatan serta mengesan saksi lain.

 ??  ?? PAK Long menceritak­an semula mengenai pesawat ringan yang didakwanya terhempas di laut berhampira­n Tanjung Bunga.
PAK Long menceritak­an semula mengenai pesawat ringan yang didakwanya terhempas di laut berhampira­n Tanjung Bunga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia