Harian Metro

Si dia perlu memahami

Zul Ariffin akui utamakan kerja, mahu pasangan beri ruang secukupnya

- Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Pelakon Zul Ariffin mengakui dia memerlukan wanita yang cukup faham mengenai sikapnya seorang sangat mengutamak­an kerjadan tidak suka dikongkong dalam perhubunga­n.

Zul, 34, ketika ditemui berkata, sebagai pelakon adalah wajar dan penting baginya untuk lebih mengutamak­an kerja kerana peluang tidak datang selalu dan bidang lakonan pula amat diminati.

“Saya sebenarnya bersyukur hingga kini belum berkahwin dan tiada masalah hidup bujang kerana fokus boleh ditumpukan sepenuhnya pada bekerja. Apatah lagi, saya sangat sukakan kerja.

“Ditambah dengan situasi sekarang ini, apabila negara masih dilanda penularan wabak Covid-19 dan kita semua pernah melalui pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai Mac lalu.

“"Walaupun saya oeay duduk di runah kerana tidak boleh keluar bekerja sepanjang PKP itu, apabila terlalu lama sebenarnya sangat menguji ketahanan diri. Tapi, syukur alhamdulil­lah saya melaluinya dengan baik,” katanya.

Menurut Zul, dia yang sentiasa mengikuti perkembang­an semasa sepanjang PKP turut terkejut apabila mendapati banyak paparan kisah rumah tangga berdepan masalah di sebalik pandemik berkenaan.

Bagaimanap­un, Zul yang menetap bersama kakaknya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pada Julai lalu ada mengeluark­an kenyataan dia terpaksa menunda perancanga­n perkahwina­n yang sepatutnya berlangsun­g pada tahun ini.

Malah, dalam kenyataann­ya itu Zul memberitah­u 'si dia' berkenaan faham dan tiada halangan apabila keputusan menunda perkahwina­n mereka perlu dibuat.

Zul yang begitu berahsia mengenai identiti sebenar kekasihnya itu, sebelum ini hanya memberi gambaran wanita tebabit bukan selebriti dan tidak beragama Islam.

Bagi perkembang­an kerjaya lakonannya, Zul teruja dipilih sebagai antara seorang watak utama selain Zizan Razak dan Jack Lim dalam filem Juang terbitan bersama tiga produksi iaitu Suhan Movies & Trading, Tropical Films dan The Film Engine.

Filem yang mengangkat kisah benar ini membabitka­n perjuangan barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis, tentera, penghantar makanan dan kakitangan syarikat penerbanga­n sepanjang penularan Covid-19.

 ??  ?? ZUL
ZUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia