Harian Metro

‘Terpulang kalau nak mengaku jutawan’

-

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan, penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam

Nor menjelaska­n beliau menghormat­i tindakan segelintir selebriti muda di negara ini yang berani tampil mengaku mereka kini bergelar jutawan.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 53 ditemui, berkata, mengaku jutawan itu hak masing-masing dan tak dinafikan kini makin ramai selebriti muda yang menceburi perniagaan.

“Pada saya terpulang mereka untuk mengaku diri sudah bergelar jutawan kerana berjaya dalam perniagaan diusahakan. Untuk saya, cukuplah hanya dikenali ahli perniagaan yang aktif dalam bisnes.

“Gelaran jutawan atau tidak, biarlah kerana definisi saya untuk bergelar jutawan, seseorang itu sudah pasti memiliki wang tunai atau simpanan berjumlah jutaan ringgit.

“Untuk saya, setakat ini masih ada banyak hutang perlu diselesaik­an dan tak sesuai rasanya dengan gelaran (jutawan) berkenaan.

Lagipun, apabila berani mengaku sudah jutawan semestinya ada pro dan kontra.

“Dari aspek pro, boleh kita lihat kejayaan jutawan itu mampu dijadikan inspirasi oleh orang ramai untuk lebih berusaha hingga berjaya manakala kontranya ialah perihal keselamata­n yang memerlukan kita lebih berhati-hati dan waspada,” katanya.

Rosyam yang masih aktif berlakon memaklumka­n, peluang selebriti masa kini untuk mendapat kehidupan menyenangk­an agak mudah kerana ada pelbagai cabang platform untuk mereka menjana pendapatan.

Katanya, berbanding orang lama seperti dirinya dahulu lebih mencari peluang untuk dipilih sebagai duta produk oleh rangkaian syarikat terkemuka sebagai usaha menambah pendapatan. “Sekarang, jika seseorang selebriti itu rajin berusaha pasti dia akan berjaya. Umpamanya, menceburi perniagaan, aktif di platfom media sosial serta digital, termasuk ada ramai peminat.

“Saya mendapati buat review produk di Instagram pun seseorang selebriti itu dibayar. Begitu juga, kandungan video di saluran YouTube. Pendek kata, cabang untuk peroleh pendapatan lain itu memang banyak,” katanya.

“Setakat ini masih ada banyak hutang perlu diselesaik­an Rosyam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia