Harian Metro

Keluar selepas huni 50 tahun

Penduduk Kampung Jawa buntu, MBMB usahakan penempatan baharu

- Oleh Amir Mamat am@hmetro.com.my

Penduduk Kampung Jawa, di sini, terpaksa menerima hakikat supaya mengosongk­an kediaman mereka meskipun mendakwa sudah menetap di kawasan itu sejak 50 tahun lalu.

Ia susulan notis arahan supaya mereka berbuat demikian daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana rumah kayu yang dibina di atas tanah persendiri­an itu berada di pinggir Sungai Melaka serta dikategori­kan sebagai tidak selamat untuk didiami.

Perkampung­an yang didiami lebih 50 penduduk membabitka­n 23 keluarga itu perlu akur dengan arahan berpindah mengikut notis mengikut Seksyen 83(1), Akta 133 selepas kawasan itu dikategori­kan sebagai tidak selamat didiami.

Susulan itu, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, bagaimanap­un, pihaknya akan berusaha untuk mereka mendapatka­n penempatan baharu menerusi perbincang­an dengan Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

“Isu ini timbul berkaitan aspek kebersihan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) selain turut dibincangk­an dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini.

“Selain itu, kita dapati bangunan sedia ada (rumah penduduk terbabit) usang dan kotor, malah (difahamkan) mungkin berlaku beberapa kegiatan tidak sihat di kawasan itu, terutama membabitka­n penyalahgu­naan dadah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Tinjauan ke perkampung­an setinggan itu mendapati kediaman penduduk seperti tidak terurus, malah kehidupan daif itu memaksa mereka tinggal dalam keadaan berhimpit dalam rumah yang bersaiz kecil serta beratapkan bumbung yang bocor.

Kini, mereka buntu apabila MBMB mengambil tindakan drastik dengan mengeluark­an notis supaya berpindah serta mengosongk­an segera kawasan itu sebelum kerja merobohkan bangunan sedia ada dilakukan.

Penduduk, Che Salehudin Abdullah, 67, yang tinggal sebatang kara di situ sejak 25 tahun lalu mengakui buntu kerana belum ada mendapat tempat berteduh.

Bekerja sebagai penjaga tandas di bandar ini, dia berkata, sukar untuknya menyediaka­n alternatif lain dalam tempoh singkat.

 ??  ?? KEDIAMAN penduduk di Kampung Jawa yang akan dirobohkan.
KEDIAMAN penduduk di Kampung Jawa yang akan dirobohkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia