Harian Metro

1.3 juta pekerja dapat manfaat Program Subsidi Upah 2.0

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 1.3 juta pekerja akan menerima manfaat menerusi pelaksanaa­n Program Subsidi Upah 2.0 membabitka­n peruntukan bernilai RM2.4 bilion.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memperkena­lkan Program Subsidi Upah 2.0 itu selepas prihatin dengan nasib majikan dan pekerja dalam beberapa sektor terutama pelanconga­n yang masih terjejas akibat Covid-19.

“Kerajaan akan memperkena­lkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas.

“Subsidi upah ini diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menghadapi penguranga­n hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lalu.

“Selain itu, subsidi upah diberikan tiga bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 orang,” katanya dalam Pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan

Khas: Kita Prihatin, semalam.

Beliau berkata, syarikat yang terjejas boleh membuat permohonan mendapatka­n bantuan ini bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Program Subsidi Upah 2.0 akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) hingga 31 Ogos lalu.

“Saya menerima pelbagai maklum balas berhubung Program Subsidi Upah. Antaranya daripada mereka yang tidak layak menerima Program Subsidi Upah kerana tidak menepati syarat kelayakan berdaftar dengan Perkeso sebelum 1 April lalu.

“Bagi memastikan golongan ini juga tidak ketinggala­n, Program Subsidi Upah 2.0 akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan Perkeso hingga 31 Ogos lalu.

“Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi ini sehingga tempoh enam bulan,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendengar perutusan khas ‘Kita Prihatin’ oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi telefon pintar, semalam.
KAKITANGAN Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendengar perutusan khas ‘Kita Prihatin’ oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi telefon pintar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia