Harian Metro

PERMOHONAN DIBUKA SEMULA

- Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri, Maiamalina Mohamed Amin dan Mahaizura Abd Malik bisnes@hmetro.com.my

‘ GKP akan dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga 31 Ogos 2020”

Kerajaan membuka semula permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) bagi golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro mulai 1 hingga 31 Oktober ini.

Bayaran disasarkan dibuat mulai 25 November ini.

Permohonan itu dibuka bagi memberi peluang lebih ramai peniaga PKS mikro yang layak, tetapi belum berkesempa­tan untuk mendapatka­n GKP.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika beliau turun ke padang dan bergaul dengan usahawan di peringkat akar umbi, beliau menerima rungutan ada usahawan yang tidak menerima bantuan berkenaan kerana tidak sempat membuat permohonan.

“Terdapat juga peniaga yang tidak memenuhi syarat terdaftar sebelum 1 Januari lalu.

“Mengambil kira maklum balas yang diterima, GKP akan dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga 31 Ogos lalu,” katanya dalam Pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, semalam.

Menurutnya, pembukaan

Muhyiddin Yassin

semula inisiatif GKP untuk permohonan baharu ini, dijangka dapat memanfaatk­an lebih 200,000 peniaga mikro dengan membabitka­n peruntukan hampir RM600 juta.

Di bawah pakej Prihatin PKS Tambahan yang diumumkan April lalu, kerajaan menyediaka­n GKP khusus untuk membantu mereka meringanka­n beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19.

Permohonan untuk GKP yang dibuka pada 1 Mei hingga 15 Mei lalu dengan kadar bantuan berjumlah RM3,000 setiap peniaga mikro memanfaatk­an 545,000 peniaga kecil seluruh negara dengan jumlah bantuan RM1.63 bilion.

 ??  ?? MUHYIDDIN ketika pengumuman khas Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung, semalam.
MUHYIDDIN ketika pengumuman khas Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia