Harian Metro

Bank Muamalat sasar pertumbuha­n pinjaman 7 peratus

-

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) optimis mencapai pertumbuha­n pembiayaan kira-kira tujuh peratus melepasi kadar pertumbuha­n pinjaman industri iaitu dua hingga tiga peratus.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Khairul Kamarudin berkata, sebelum pandemik Covid-19, Bank Mualamat meletakkan sasaran pertumbuha­n pinjaman 13 peratus.

“Sejak pandemik melanda, kami akui perniagaan Bank Muamalat terjejas sedikit, namun kami faham semua perniagaan turut terkesan.

“Justeru, kami mengurangk­an sasaran pertumbuha­n pembiayaan kepada tujuh peratus dan sasaran ini bagaimanap­un lebih tinggi berbanding pinjaman industri,” katanya selepas pelancaran Jariah Fund Bank Muamalat, di sini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengerusi Bank Muamalat, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Khairul berkata, pihaknya percaya pertumbuha­n itu bakal disumbangk­an oleh segmen pembiayaan runcit termasuk pembiayaan rumah, peribadi, gadai janji dan peruncitan.

Beliau berkata, setakat ini jumlah buku pinjaman Bank Mualamat bernilai RM16 bilion dengan RM10 bilion membabitka­n pembiayaan runcit dan RM6 bilion, korporat.

Sementara itu, mengenai lanjutan moratorium, Khairul berkata, pihaknya sudah menghubung­i hampir 13,000 pelanggan bersasar.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 8,000 pelanggan yang memberi maklum balas dan yang memohon lanjutan moratorium kurang daripada 1,000 orang.

“Bagaimanap­un, Bank Muamalat bersedia dan menggunaka­n sepenuhnya saluran kami untuk membantu pelanggan yang terjejas,” katanya.

 ??  ?? DR Zulkifli (tengah), Tajuddin (dua dari kiri) dan Khairul (tiga dari kanan) bersama rakan amal melancarka­n Jariah Fund di Menara Bumiputra.
DR Zulkifli (tengah), Tajuddin (dua dari kiri) dan Khairul (tiga dari kanan) bersama rakan amal melancarka­n Jariah Fund di Menara Bumiputra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia