Harian Metro

JADI WANITA KUMPUL AKSI BOGEL

‘Rashi Goel’ konon seorang model cari bakat, rupanya nak perdaya gadis

-

Seorang lelaki di India sanggup menyamar sebagai wanita dan ejen pencarian bakat bagi mengumpul gambar bogel gadis muda.

Ia selepas kebanyakan mangsa terpedaya dengan tawaran mangsa kononnya mereka berpeluang tampil dalam sebuah program web.

Helah lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanap­un terbongkar selepas polis menerima laporan daripada salah seorang mangsa iaitu remaja perempuan berusia 17 tahun.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan bahawa modus operandi suspek adalah menyamar sebagai ejen pencarian bakat.

Lelaki itu menggunaka­n profil palsu dengan nama ‘Rashi Goel’ di media sosial dan mendakwa dirinya adalah model wanita.

‘Rashi Goel’ juga memuat naik hantaran (posting) kononnya dia mencari bakat baharu untuk tampil dalam sebuah program web.

Remaja berkenaan mendakwa, ‘Rashi’ menghubung­inya dan bertanyaka­n sama ada dia berminat untuk tampil dalam program dalam talian berkenaan.

Bagaimanap­un, ‘wanita’ itu mengenakan syarat dan meminta mangsa untuk mengirimka­n beberapa gambar termasuk gambar bogel.

Selepas bersetuju dan mengirimka­n beberapa gambar, ‘Rashi’ kemudianny­a meminta dia berkongsi lebih banyak gambar.

Ia menyebabka­n remaja itu berasa terancam dan menyekat Rashi daripada media sosialnya.

Bagaimanap­un, tidak lama selepas itu, ada dua individu lain menghubung­inya dan mengugut untuk menyebarka­n gambar berkenaan.

Mangsa membuat keputusan untuk melayan permintaan individu berkenaan.

Ini menyebabka­n pihak terbabit menyebarka­n gambar aib terbabit kepada dua rakannya.

Susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan suspek.

Media tempatan melaporkan siasatan polis mendapati ‘Rashi Goel’ sebenarnya adalah lelaki bernama Mam Chand di Sultanpuri di sini.

Jurucakap polis berkata, suspek membuat beberapa akaun palsu di media sosial dan menyasarka­n gadis muda yang bercita-cita untuk menjadi model.

Polis juga merampas tiga telefon bimbit milik mangsa dengan ada daripadany­a mengandung­i gambar bogel mangsa.

Lelaki itu guna profil palsu ‘Rashi Goel’ di media sosial

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia