Harian Metro

Terpisah selepas 11 jam

Kembar siam Sarabeth, Amelia bercantum di dada diasingkan 24 doktor pakar

-

Selepas melalui pembedahan selama 11 jam, sepasang kembar siam perempuan yang bercantum di bahagian dada di Michigan, Amerika Syarikat akhirnya dipisahkan.

Sarabeth dan Amelia yang berusia setahun dianggap melalui keajaiban kedua dalam hidup mereka.

Ia memandangk­an pakar perubatan tidak menyangka mereka akan selamat ketika dilahirkan.

Portal Mirror melaporkan, ketika dilahirkan, kembar perempuan itu mempunyai dua pasang tangan, dua pasang kaki, namun berkongsi hati.

Bapanya, Phil memberitah­u sebuah blog dia tidak percaya kedua-dua anaknya itu tidak lagi bercantum dan tidur di katil yang berbeza.

“Sarabeth dan Amelia adalah dua budak berbeza, dengan karakter serta personalit­i sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, prosedur berkenaan membabitka­n lebih 24 doktor daripada pelbagai bidang kepakaran dan jururawat.

Mereka mengambil masa dua jam hanya untuk mempersiap kembar itu bagi menjalani pembedahan.

Selain itu, mereka menggunaka­n model tiga dimensi dan kod warna untuk membezakan bahagian tubuh Sarabeth serta Amelia.

Untuk membolehka­n kembar itu dibedah, pakar bedah plastik turut memasukkan alat khas bagi mengembang­kan tisu.

Pakar kardiologi kemudian mengasingk­an struktur di bahagian dada, sementara pakar paediatrik membahagik­an hati dikongsi oleh pasangan kembar itu.

Pasukan sama turut menggunaka­n pewarna bagi memastikan bahagian hujung hati terbabit.

Sementara itu, ibu kembar berkenaan, Alyson berkata, dia tidak sabar untuk menyaksika­n kedua-dua anaknya itu membesar.

“Saya tidak sabar melihat mereka merangkak dan berjalan,” katanya.

 ??  ?? ALYSON menunjukka­n kembar siamnya yang sudah terpisah.
ALYSON menunjukka­n kembar siamnya yang sudah terpisah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia