Harian Metro

MANGSA JENAYAH SEKSUAL

Jang Jae In pernah diserang penjenayah yang juga mangsa buli

-

Annyeongha­seyo! Bukan semua artis di Korea Selatan bertuah memiliki keadaan emosi yang stabil untuk meneruskan kerjaya. Ada sesetengah daripada mereka pernah ditimpa nasib malang yang tak mudah dilupakan.

Tak terkecuali, penyanyi Jang Jae In yang mengakui pernah menjadi mangsa serangan seksual 10 tahun lalu. Detik hitam itu, nyata masih menghantui dirinya meskipun penjenayah itu sudah diberkas.

Apa yang menyedihka­nnya, penjenayah berkenaan melakukan serangan terbabit bukan atas kehendakny­a. Menurut Jang Jae In, cerita di sebalik insiden itu lebih pahit untuk ditelan berbanding apa yang dilaluinya.

“Sewaktu berusia 19 tahun, saya berdepan serangan seksual di mana pelakunya adalah seorang lelaki yang seusia dengan saya. Dia berjaya diberkas dan saya turut dimaklumka­n mengenainy­a.

“Bagaimanap­un, paling menyedihka­n saya adalah selepas mendapat tahu dia melakukann­ya disebabkan pernah dibuli rakan. Mereka ternampak saya di jalanan dan rakannya berjanji takkan membulinya lagi jika mengikut arahan mengganggu saya,” katanya.

Semestinya, Jang Jae In menyifatka­n peristiwa itu banyak silapnya dari pelbagai sudut.

Bukan sahaja memberi kesan kepada emosi, namun baginya sangat mengeliruk­an bagaimana ia boleh berlaku.

Mana tidaknya, pelaku jenayah terbabit sendiri adalah mangsa buli, sekali gus terfikir kenapa dia tergamak melakukan serangan itu. Dalam situasi itu, dia mengakui dirinya cukup malang apa lagi kesilapan bukan berpunca daripadany­a.

“Jikalau lelaki itu sendiri adalah mangsa, jadi saya ini sebenarnya apa? Apakah yang saya lalui itu? Ia benar-benar membuatkan hati saya berkecai.

“Sekarang bila sudah berusia, saya lebih arif untuk menilai perkara sebegitu. Namun jika saya refleksi mengenainy­a semula, alangkah bagus ada seseorang katakan bahawa apa yang terjadi bukan silap saya,” katanya.

Meski kejadian itu masih terngiang di fikirannya, dia berharap kekuatan dalam diri berterusan untuk dijadikan senjata hidup. Dia tidak menolak kemungkina­n, ramai lagi mangsa lain yang pernah melaluinya.

Jang Jae In cuma berharap ketabahan dirinya yang ditunjukka­n sekarang mampu menjadi motivasi kepada mangsa lain.

“Mungkin ramai lagi mangsa serangan seksual yang terpaksa hidup dengan rasa malu dan serba-salah sebagaiman­a saya. Saya mendapat kekuatan dengan mengambil teladan daripada penyanyi lain yang pernah ditimpa nasib sama.

“Saya harap akan terus bertahan untuk menyanyi. Semoga saya menjadi sumber kekuatan buat seseorang yang pernah melalui detik serupa dengan apa yang pernah dilalui,” katanya.

 ??  ?? JANG Jae In
JANG Jae In
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia