Harian Metro

Hanya percaya rakan sekumpulan Won Hae, Dong Won pulih Covid-19

-

Sebagai artis, perihal sokongan dalaman diri sangat penting terutama kepada siapa mereka meluahkan masalah atau kekusutan diri. Tidak semestinya rakan artis semua, boleh dipercayai dalam perkara ini.

Namun begitu, penyanyi Shownu yang juga ketua kumpulan MONSTA X mengakui cuma percayakan rakan sekumpulan­nya itu. Baginya, merekalah tempat terbaik untuk mengadu meskipun memiliki rakan lain di luar.

“Walau berapa banyak pun sahabat di luar yang saya ada, saya cuma boleh betul-betul jujur dengan anggota MONSTA X. Mereka adalah insan yang paling kerap saya luangkan masa bersama.

“Bahkan, kami semua banyak berkongsi saat indah dan bersinar bersama-sama. Tanpa mereka, tidak mungkin saya mampu melangkah atau berada di tahap sekarang,” katanya.

Tidak hairan apabila kredibilit­i penyanyi itu disanjung tinggi setiap anggota kumpulan terbabit. Dalam sebuah wawancara, mereka menyifatka­n Shownu adalah inspirasi terbaik dan sentiasa menjadi rujukan.

Mengulas mengenainy­a, Shownu tetap merendah hati dan mengakui apa juga tindakanny­a adalah disebabkan atas dasar bertanggun­gjawab. Menurutnya, dia lebih sukakan atmosfera perhubunga­n mereka tidak tegang.

“Saya tidak fikir hanya saya yang melakukan semua tugas penting.

Setiap anggota pun kerap berkongsi buah fikiran setiap kali kami mengadakan perbincang­an yang dilakukan secara serta-merta. Saya pun memang jenis santai dan tidak mudah stres,” katanya.

Berita gembira buat industri hiburan Korea Selatan, pelakon Kim Won Hae dan Heo Dong Won dilaporkan sudah pulih daripada jangkitan Covid-19. Hal itu disahkan agensi masingmasi­ng dan mereka bersedia untuk kembali menyambung aktiviti seni.

Agensi Kim Won

Hae iaitu SGG Company berkata keadaan pelakon terbabit kini sudah kembali normal namun mereka masih berjaga-jaga dengan sebarang kesan sampingan daripada virus itu.

“Dia sudah sihat, namun ada kerisauan mengenai kesan sampingan akibat jangkitan itu. Kami akan berusaha memastikan dia menjaga tahap kesihatann­ya supaya dapat kembali bekerja pada masa terdekat,” demikian kenyataan itu.

Pelakon itu dimasukkan ke pusat rawatan pada 25 Ogos lalu, selepas positif Covid-19. Namun pada 22 September, ujian terhadapny­a negatif dan sudah dibenarkan kembali menjalani aktiviti harian.

Sementara itu, Ace Factory selaku agensi Heo Dong Won pula berterima kasih terhadap sokongan ramai kepada pelakon itu sepanjang dia menjalani rawatan. Bagaimanap­un, dia akan direhatkan terlebih dulu sebelum kembali berlakon.

“Heo Dong Won akan memberikan fokus sepenuhnya kepada kesihatan dan berehat hingga hujung bulan ini. Selepas itu, dia akan kembali membuat persiapan untuk sebuah projek membabitka­nnya pada bulan depan,” kata jurucakapn­ya.

 ??  ?? SHOWNU
SHOWNU
 ??  ??
 ??  ?? KIM Won Hae
HEO Dong Won
KIM Won Hae HEO Dong Won

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia